Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783950| Title: | Pelaksanaan program transisi ke kerjaya bagi pelajar berkeperluan khas masalah pembelajaran kolej komuniti : satu kajian kes |
| Authors: | Syazwani Ahmad (P122703) |
| Supervisor: | Khairul Farhah Khairuddin, Dr. |
| Keywords: | School-to-work transition Learning disabled -- Education (Higher) -- Malaysia Youth with disabilities -- Employment Youth with disabilities -- Vocational guidance Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 17-Jul-2025 |
| Abstract: | Kajian ini dijalankan untuk meneroka secara mendalam pelaksanaan Program Transisi Kerjaya bagi pelajar berkeperluan khas masalah pembelajaran di Kolej Komuniti Zon Utara. Pelajar dalam kategori ini sering berdepan dengan cabaran untuk menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan selepas tamat pengajian, justeru kajian ini penting untuk menilai peranan institusi, pengajar dan sokongan persekitaran dalam melancarkan proses peralihan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes dan melibatkan seramai 27 orang informan dari tiga buah Kolej Komuniti yang terdiri daripada pensyarah, pegawai latihan industri, pegawai kaunseling, pelajar berkeperluan khas, pelajar tipikal dan ibu bapa. Instrumen kajian berupa protokol temu bual separa berstruktur yang telah disahkan oleh dua orang pakar dan diuji terlebih dahulu melalui kajian rintis. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa pelaksanaan program transisi masih belum mantap dan tidak dilaksanakan secara sistematik. Tiga tema utama dikenal pasti iaitu pengalaman pensyarah dari segi kefahaman dan latihan, strategi dan kaedah pelaksanaan seperti aktiviti simulasi, latihan industri dan pendekatan vokasional serta faktor sokongan daripada ibu bapa, industri, pertubuhan bukan kerajaan dan agensi kerajaan. Kajian ini menyarankan pembangunan garis panduan pelaksanaan yang jelas, latihan berfokus kepada pendidik dan usaha bersepadu antara kolej dan pihak berkepentingan luar. Dapatan ini diharap dapat menyumbang ke arah pembangunan model pelaksanaan transisi kerjaya yang lebih berstruktur, inklusif dan mampan bagi pelajar berkeperluan khas di Malaysia. |
| Pages: | 159 |
| Call Number: | LC4019.7.S97335 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783950 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pelaksanaan program transisi ke kerjaya bagi pelajar berkeperluan khas masalah pembelajaran kolej komuniti satu kajian kes.pdf | Full-text | 60.15 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.