Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783950
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhairul Farhah Khairuddin, Dr.en_US
dc.contributor.authorSyazwani Ahmad (P122703)en_US
dc.date.accessioned2026-07-03T03:08:00Z-
dc.date.available2026-07-03T03:08:00Z-
dc.date.issued2025-07-17-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783950-
dc.description.abstractKajian ini dijalankan untuk meneroka secara mendalam pelaksanaan Program Transisi Kerjaya bagi pelajar berkeperluan khas masalah pembelajaran di Kolej Komuniti Zon Utara. Pelajar dalam kategori ini sering berdepan dengan cabaran untuk menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan selepas tamat pengajian, justeru kajian ini penting untuk menilai peranan institusi, pengajar dan sokongan persekitaran dalam melancarkan proses peralihan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes dan melibatkan seramai 27 orang informan dari tiga buah Kolej Komuniti yang terdiri daripada pensyarah, pegawai latihan industri, pegawai kaunseling, pelajar berkeperluan khas, pelajar tipikal dan ibu bapa. Instrumen kajian berupa protokol temu bual separa berstruktur yang telah disahkan oleh dua orang pakar dan diuji terlebih dahulu melalui kajian rintis. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa pelaksanaan program transisi masih belum mantap dan tidak dilaksanakan secara sistematik. Tiga tema utama dikenal pasti iaitu pengalaman pensyarah dari segi kefahaman dan latihan, strategi dan kaedah pelaksanaan seperti aktiviti simulasi, latihan industri dan pendekatan vokasional serta faktor sokongan daripada ibu bapa, industri, pertubuhan bukan kerajaan dan agensi kerajaan. Kajian ini menyarankan pembangunan garis panduan pelaksanaan yang jelas, latihan berfokus kepada pendidik dan usaha bersepadu antara kolej dan pihak berkepentingan luar. Dapatan ini diharap dapat menyumbang ke arah pembangunan model pelaksanaan transisi kerjaya yang lebih berstruktur, inklusif dan mampan bagi pelajar berkeperluan khas di Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.subjectSchool-to-work transitionen_US
dc.subjectLearning disabled -- Education (Higher) -- Malaysiaen_US
dc.subjectYouth with disabilities -- Employmenten_US
dc.subjectYouth with disabilities -- Vocational guidanceen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePelaksanaan program transisi ke kerjaya bagi pelajar berkeperluan khas masalah pembelajaran kolej komuniti : satu kajian kesen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages159en_US
dc.identifier.callnoLC4019.7.S97335 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007778en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.