Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775167
Title: Penjagaan informal dan penjagaan komuniti di Malaysia
Authors: Fatimah Abdullah
Nur Saadah Mohd Aun
Mohd. Suhaimi Mohamad
Conference Name: The 6th International Malaysian Studies Conference
Keywords: Institusi kekeluargaan
Ahli keluarga
Tanggungan
Conference Date: 2008-08-05
Conference Location: Kuching, Sarawak
Abstract: Keluarga adalah instistusi terpenting dalam masyarakat. Salah satu daripada fungsinya yang penting ialah menyediakan penjagaan untuk ahli-ahlinya yang tidak berupaya yakni bayi dan kanak-kanak, ahli keluarga yang cacat, warga tua yang uzur dan tidak berdaya serta ahli-ahli yang sakit. Fungsi itu lazimnya dilaksanakan oleh kaum wanita, khususnya isteri, ibu, anak dan/atau menantu perempuan, serta saudara mara perempuan yang lain. Meskipun terdapat keluarga yang menyerahkan fungsi itu kepada agensi lain sama ada menghantar ahli keluarga mereka ke instiusi atau menggajikan orang lain, hakikatnya keluarga masih merupakan penjaga primer kerana terpaksa menyediakan sumber-sumber kewangan untuk membaiyai kos penjagaan itu. Tanggungan yang dipikul oleh ahli keluarga itu bukan sahaja boleh dilihat kesannya dalam konteks ekonomi tetapi juga dalam konteks fizikal dan psikologikal. Setakat mana keluarga melaksanakan fungsi tersebut melalui peranan yang dimainkan oleh ahli-ahli di dalamnya merupakan refleksi kepada nilai dan norma keluarga khasnya dan masyarakat amnya. Sebagai kelompok sosial yang membentuk komuniti, keluarga tentunya memerlukan sokongan yang berterusan daripada komuniti setempat dalam memikul beban dan melaksanakan fungsi sebagai penjaga. Sehubungan dengan huraian di atas, kertas kerja ini bertujuan untuk itu melihat peranan ahli keluarga dalam menyediakan penjagaan dan bagaimanakah strategi daya tindak (coping strategy) mereka dalam melaksanakan peranan tersebut. Sahagian kedua adalah mengenai peranan komuniti dalam membantu keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan penjagaan. Sahagian akhir pula cuba mencadangkan beberapa strategi bagi pengupayaan komuniti dalam membantu keluarga khususnya pesakit dan penjaga.
Pages: 140
Call Number: LA1236.I554 2008 sem
Publisher: Persatuan Sains Sosial Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.