Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775167
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorFatimah Abdullah-
dc.contributor.authorNur Saadah Mohd Aun-
dc.contributor.authorMohd. Suhaimi Mohamad-
dc.date.accessioned2024-07-25T08:42:04Z-
dc.date.available2024-07-25T08:42:04Z-
dc.identifier.urihttp://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/775167-
dc.description.abstractKeluarga adalah instistusi terpenting dalam masyarakat. Salah satu daripada fungsinya yang penting ialah menyediakan penjagaan untuk ahli-ahlinya yang tidak berupaya yakni bayi dan kanak-kanak, ahli keluarga yang cacat, warga tua yang uzur dan tidak berdaya serta ahli-ahli yang sakit. Fungsi itu lazimnya dilaksanakan oleh kaum wanita, khususnya isteri, ibu, anak dan/atau menantu perempuan, serta saudara mara perempuan yang lain. Meskipun terdapat keluarga yang menyerahkan fungsi itu kepada agensi lain sama ada menghantar ahli keluarga mereka ke instiusi atau menggajikan orang lain, hakikatnya keluarga masih merupakan penjaga primer kerana terpaksa menyediakan sumber-sumber kewangan untuk membaiyai kos penjagaan itu. Tanggungan yang dipikul oleh ahli keluarga itu bukan sahaja boleh dilihat kesannya dalam konteks ekonomi tetapi juga dalam konteks fizikal dan psikologikal. Setakat mana keluarga melaksanakan fungsi tersebut melalui peranan yang dimainkan oleh ahli-ahli di dalamnya merupakan refleksi kepada nilai dan norma keluarga khasnya dan masyarakat amnya. Sebagai kelompok sosial yang membentuk komuniti, keluarga tentunya memerlukan sokongan yang berterusan daripada komuniti setempat dalam memikul beban dan melaksanakan fungsi sebagai penjaga. Sehubungan dengan huraian di atas, kertas kerja ini bertujuan untuk itu melihat peranan ahli keluarga dalam menyediakan penjagaan dan bagaimanakah strategi daya tindak (coping strategy) mereka dalam melaksanakan peranan tersebut. Sahagian kedua adalah mengenai peranan komuniti dalam membantu keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan penjagaan. Sahagian akhir pula cuba mencadangkan beberapa strategi bagi pengupayaan komuniti dalam membantu keluarga khususnya pesakit dan penjaga.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherPersatuan Sains Sosial Malaysiaen_US
dc.subjectInstitusi kekeluargaanen_US
dc.subjectAhli keluargaen_US
dc.subjectTanggunganen_US
dc.titlePenjagaan informal dan penjagaan komuniti di Malaysiaen_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages140en_US
dc.identifier.callnoLA1236.I554 2008 semen_US
dc.contributor.conferencenameThe 6th International Malaysian Studies Conference-
dc.coverage.conferencelocationKuching, Sarawak-
dc.date.conferencedate2008-08-05-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.