Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775158
Title: | Keputusan Pilihanraya Umum ke-12: satu analisa |
Authors: | Muda @ Ismail Ab Rahman |
Conference Name: | The 6th International Malaysian Studies Conference |
Keywords: | Pilihan raya umum Parti politik Kepimpinan |
Conference Date: | 2008-08-05 |
Conference Location: | Kuching, Sarawak |
Abstract: | Keputusan Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu telah meninggalkan satu kesan yang besar di dalam senario politik di Malaysia. Barisan Nasional yang selama ini begitu kuat dan mencipta keputusan cemerlang di dalam kebanyakan keputusan pilihanraya umum dan pilihanraya kecil selepas kemerdekaan tahun 1957, telah digugat dengan kemenangan besar Barisan Pembangkang yang diwakili oleh parti-parti seperti Parti Keadilan Rakyat, Dap dan Pas yang menguasai 5 buah negeri di Semenanjung dan 10 buah kerusi dari 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 ini menandakan permulaan sistem dua parti hasil dari gabungan parti-parti politik yang bergabung di bawah Barisan Nasional dan Barisan Alternatif yang telah ditukar nama kepada Pakatan Rakyat. Kertas kerja ini akan menggarap beberapa persoalan politik yang timbul ekoran dari keputusan pilihanraya Umum ke- 12 itu. Di antaranya ialah kemungkinankah Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia pada masa hadapan menggantikan Barisan Nasional atau mampukah Barisan Nasional kembali berpengaruh selepas berlakunya pertukaran kepimpinan UMNO yang dijangka akan berlaku pada akhir tahun ini atau awal tahun 2009. Kepimpinan yang mengetuai Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat akan dinilai oleh rakyat. Dinamisma pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menentukan sejauhmana sambutan rakyat terhadap parti-parti tersebut untuk diberi mandat memerintah Malaysia pada plihanraya Umum yang ke 13. Selain dari itu, pemimpin-pemimpin di peringkat negeri yang menyokong kedua-dua parti di alas juga memberi kesan besar dalam mewarnai lanskap politik Malaysia pada masa hadapan. Kertas kerja ini merumuskan bahawa kepimpinan yang mesra rakyat dan memenuhi kehendak dan tuntutan rakyat terus diberi kepercayaan dan amanah untuk memerintah negara pada masa hadapan. |
Pages: | 136-137 |
Call Number: | LA1236.I554 2008 sem |
Publisher: | Persatuan Sains Sosial Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.