Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775158
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMuda @ Ismail Ab Rahman-
dc.date.accessioned2024-07-25T08:17:00Z-
dc.date.available2024-07-25T08:17:00Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/775158-
dc.description.abstractKeputusan Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu telah meninggalkan satu kesan yang besar di dalam senario politik di Malaysia. Barisan Nasional yang selama ini begitu kuat dan mencipta keputusan cemerlang di dalam kebanyakan keputusan pilihanraya umum dan pilihanraya kecil selepas kemerdekaan tahun 1957, telah digugat dengan kemenangan besar Barisan Pembangkang yang diwakili oleh parti-parti seperti Parti Keadilan Rakyat, Dap dan Pas yang menguasai 5 buah negeri di Semenanjung dan 10 buah kerusi dari 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 ini menandakan permulaan sistem dua parti hasil dari gabungan parti-parti politik yang bergabung di bawah Barisan Nasional dan Barisan Alternatif yang telah ditukar nama kepada Pakatan Rakyat. Kertas kerja ini akan menggarap beberapa persoalan politik yang timbul ekoran dari keputusan pilihanraya Umum ke- 12 itu. Di antaranya ialah kemungkinankah Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia pada masa hadapan menggantikan Barisan Nasional atau mampukah Barisan Nasional kembali berpengaruh selepas berlakunya pertukaran kepimpinan UMNO yang dijangka akan berlaku pada akhir tahun ini atau awal tahun 2009. Kepimpinan yang mengetuai Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat akan dinilai oleh rakyat. Dinamisma pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menentukan sejauhmana sambutan rakyat terhadap parti-parti tersebut untuk diberi mandat memerintah Malaysia pada plihanraya Umum yang ke 13. Selain dari itu, pemimpin-pemimpin di peringkat negeri yang menyokong kedua-dua parti di alas juga memberi kesan besar dalam mewarnai lanskap politik Malaysia pada masa hadapan. Kertas kerja ini merumuskan bahawa kepimpinan yang mesra rakyat dan memenuhi kehendak dan tuntutan rakyat terus diberi kepercayaan dan amanah untuk memerintah negara pada masa hadapan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherPersatuan Sains Sosial Malaysiaen_US
dc.subjectPilihan raya umumen_US
dc.subjectParti politiken_US
dc.subjectKepimpinanen_US
dc.titleKeputusan Pilihanraya Umum ke-12: satu analisaen_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages136-137en_US
dc.identifier.callnoLA1236.I554 2008 semen_US
dc.contributor.conferencenameThe 6th International Malaysian Studies Conference-
dc.coverage.conferencelocationKuching, Sarawak-
dc.date.conferencedate2008-08-05-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.