Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395711
Title: Kaedah visual dalam pengajaran dan pemudahcaraan Sirah sekolah rendah
Authors: Nurharyatie Roslan
Mohd Isa Hamzah
Siti Nor Aisyah Awang
Conference Name: International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology
Keywords: Kaedah visual
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Sirah
Guru Pendidikan Islam (GPI)
Conference Date: 19/05/2019
Conference Location: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan
Abstract: Kertas ini membincangkan mengenai kaedah visual dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Sirah sekolah rendah. Pelbagai kaedah yang telah digunakan oleh Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam sesi PdPc Sirah seperti bercerita, perbincangan, dan simulasi. Kaedah yang menarik mampu menghidupkan suasana pembelajaran di samping meningkatkan kefahaman murid dalam pembelajaran Sirah. Namun, kajian ini cuba memberi penekanan terhadap kaedah visual yang dilihat mampu menarik minat pelajar. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kaedah visual dalam pendidikan sekolah rendah, mengenal pasti kemahiran penyediaan bahan visual, dan mengenal pasti keberkesanan penggunaan kaedah visual dalam PdPc Sirah Sekolah Rendah. Kajian ini merupakan satu kajian kepustakaan dan analisis dokumen dengan mengkaji, mempelajari serta menyelidik kandungan teks yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Dapatan kajian mendapati kaedah visual yang dilaksanakan dalam PdPc sirah mampu menarik minat murid seterusnya meningkatkan kefahaman murid terhadap tajuk sirah yang dipelajari. Kesimpulannya, aplikasi kaedah visual diharapkan dapat memberi implikasi yang positif dari segi amalan PdPc Sirah dalam bilik darjah.
Pages: 623-629 p.
Call Number: LC903 .I538 2019 katsem
Publisher: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.