Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395643
Title: | Tahap kebolehbacaan buku bahasa Arab at-Taisir dalam kalangan murid tahun 5 di Sekolah Rendah Islam (Sri) aI-Amin, Nilai. |
Authors: | Nur Hidayah Hussain Maimun Aqsha Lubis |
Conference Name: | International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology |
Keywords: | Kebolehbacaan Teks bahasa Arab Buku teks Sekolah rendah |
Conference Date: | 19/05/2019 |
Conference Location: | Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan |
Abstract: | Penggunaan pelbagai alat teknologi maklumat seperti komputer dan telefon pintar masih tidak dapat menafikan peranan buku teks sebagai bahan asas bacaan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap kebolehbacaan teks at-Taisir terhadap 49 orang pelajar tahun 5 di Sekolah Rendah Islam (SRI) al-Amin, Nilai. Dapatan kajian adalah melalui kajian kepustakaan, soal selidik terhadap pelajar dan temubual guru Bahasa Arab. Dapatan kajian daripada skor data peperiksaan penggal ke-2 pula menunjukkan 35 orang pelajar lulus dan selebihnya gagal dengan purata keseluruhan adalah C. oleh sebab peperiksaan penggal memfokuskan teks daripada at-Taisir, dapat dilihat tahap kebolehbacaan pelajar tahun 5 masih berada pada tahap yang rendah. Dalam konteks pembelajaran bahasa asing, penghasilan buku teks yang berkualiti adalah penting dalam membantu pelajar mencapai empat kemahiran berbahasa seperti mendengar, menyebut, membaca dan menulis. Kajian ini memberi manfaat khususnya terhadap pihak penggubal buku teks Bahagian Pendidikan IKRAM-Musleh, para penulis buku, penerbit, para guru dan pihak lain yang terlibat dalam penghasilan buku teks bahasa Arab. |
Call Number: | LC903 .I538 2019 katsem |
Publisher: | Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395643 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.