Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395537
Title: Pemikiran kritikan sastera Al-Qadhi Al-Jurjani dalam AI-Wasitah dan Abd Al-Qahir Al-Jurjani dalam Dala'il Al-I'jaz: kajian analisis perbandingan
Authors: Md Nor Abdullah
Idris Abdullah
Conference Name: Kolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam
Keywords: Al-Qadhi al-Jurjani
Abd Al-Qahir Al-Jurjani
Al-Wasitah
Kritikan sastera
Balaghah Arab
Kesusasteraan Arab
Dala'il Al-I???jaz
Conference Date: 25/07/2006
Conference Location: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Bandar Baru Bangi
Abstract: Kritikan sastera merupakan satu ilmu yang penting dan tidak dapat dipisahkan daripada pengajian kesusasteraan dan balaghah Arab. Ia suatu kaedah untuk mengenalpasti keindahan sesebuah karya kreatif dan menentukan nilai-nilai estetika dan retorik karya.Oleh itu kajian ini bermatlamat untuk meninjau pemikiran dua orang tokoh terkenal dalam bidang tersebut iaitu al-Qadhi al-Jurjani(329H) dan Abd al-Qahir al-Jurjani(471H).Aspek-aspek yang akan dianalisis dalam kajian ini ialah pemikiran dan idea kedua-dua tokoh penting di atas dalam mengukur estetika-estetika karya kreatif dalam pembinaan bentuk dan idea.Selain itu kajian ini juga bermatlamat untuk meninjau bentuk-bentuk persamaan dan perbezaan teori antara rnereka, pengaruh pemikiran al-Qadhi al-Jurjani terhadap pemikiran Abd al-Qahir al-Jurjani samada secara langsung atau sebaliknya dan kesan pemikiran mereka terhadap pembangunan kesusasteraan Arab. Selain itu juga kajian ini berobjektif melihat pembaharuan dan perlebaran idea oleh Abd al-Qahir al-Jurjani dalam teori-teori yang dikemukan oleh al-Qadhi serta penghuraian yang lebih detail dan menjurus.Metodologi kajian pula menjurus ke arah kajian perpustakaan dengan menganalisis dua buah kitab utama tersebut selain daripada website dan karya-karya lain yang berkaitan. Kedapatan banyak kajian mengenai dua buah buku tersebut serta analisis pemikiran mereka tetapi tidak menjurus ke arah perbandingan antara pemikiran tokoh-tokoh tersebut. Hasil penelitian mendapati di sana ada banyak persamaan idea antara kedua-dua tokoh tersebut. Begitu juga perbezaan yang ketara juga dapat dilihat antara mereka dalam mengemukakan teori khususnya dalam isu-isu idea kreatif, pengalaman sastera,tahlil al-nas keobjektifan dan kesubjektifan karya serta lain-lain isu lagi. Kajian juga mendapati penilaian yang begitu tinggi diberikan oleh pengkaji-pengkaji silam dan moden ke atas kedua-dua pemikiran tokoh tersebut serta pembaharuan dan pembangunan nilai-nilai estetika karya kreatif selain kritikan tajam dan berbisa ke atas idea dan teori mereka.
Pages: 339-347 p.
Call Number: DS35.62 .K637 2006 sem
Publisher: Fakulti Pengajian Islam, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.