Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395537
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMd Nor Abdullah-
dc.contributor.authorIdris Abdullah-
dc.date.accessioned2023-06-15T08:02:46Z-
dc.date.available2023-06-15T08:02:46Z-
dc.identifier.otherukmvital:130005-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395537-
dc.description.abstractKritikan sastera merupakan satu ilmu yang penting dan tidak dapat dipisahkan daripada pengajian kesusasteraan dan balaghah Arab. Ia suatu kaedah untuk mengenalpasti keindahan sesebuah karya kreatif dan menentukan nilai-nilai estetika dan retorik karya.Oleh itu kajian ini bermatlamat untuk meninjau pemikiran dua orang tokoh terkenal dalam bidang tersebut iaitu al-Qadhi al-Jurjani(329H) dan Abd al-Qahir al-Jurjani(471H).Aspek-aspek yang akan dianalisis dalam kajian ini ialah pemikiran dan idea kedua-dua tokoh penting di atas dalam mengukur estetika-estetika karya kreatif dalam pembinaan bentuk dan idea.Selain itu kajian ini juga bermatlamat untuk meninjau bentuk-bentuk persamaan dan perbezaan teori antara rnereka, pengaruh pemikiran al-Qadhi al-Jurjani terhadap pemikiran Abd al-Qahir al-Jurjani samada secara langsung atau sebaliknya dan kesan pemikiran mereka terhadap pembangunan kesusasteraan Arab. Selain itu juga kajian ini berobjektif melihat pembaharuan dan perlebaran idea oleh Abd al-Qahir al-Jurjani dalam teori-teori yang dikemukan oleh al-Qadhi serta penghuraian yang lebih detail dan menjurus.Metodologi kajian pula menjurus ke arah kajian perpustakaan dengan menganalisis dua buah kitab utama tersebut selain daripada website dan karya-karya lain yang berkaitan. Kedapatan banyak kajian mengenai dua buah buku tersebut serta analisis pemikiran mereka tetapi tidak menjurus ke arah perbandingan antara pemikiran tokoh-tokoh tersebut. Hasil penelitian mendapati di sana ada banyak persamaan idea antara kedua-dua tokoh tersebut. Begitu juga perbezaan yang ketara juga dapat dilihat antara mereka dalam mengemukakan teori khususnya dalam isu-isu idea kreatif, pengalaman sastera,tahlil al-nas keobjektifan dan kesubjektifan karya serta lain-lain isu lagi. Kajian juga mendapati penilaian yang begitu tinggi diberikan oleh pengkaji-pengkaji silam dan moden ke atas kedua-dua pemikiran tokoh tersebut serta pembaharuan dan pembangunan nilai-nilai estetika karya kreatif selain kritikan tajam dan berbisa ke atas idea dan teori mereka.-
dc.language.isomay-
dc.publisherFakulti Pengajian Islam, UKM-
dc.subjectAl-Qadhi al-Jurjani-
dc.subjectAbd Al-Qahir Al-Jurjani-
dc.subjectAl-Wasitah-
dc.subjectKritikan sastera-
dc.subjectBalaghah Arab-
dc.subjectKesusasteraan Arab-
dc.subjectDala'il Al-I???jaz-
dc.titlePemikiran kritikan sastera Al-Qadhi Al-Jurjani dalam AI-Wasitah dan Abd Al-Qahir Al-Jurjani dalam Dala'il Al-I'jaz: kajian analisis perbandingan-
dc.typeSeminar Papers-
dc.format.pages339-347 p.-
dc.identifier.callnoDS35.62 .K637 2006 sem-
dc.contributor.conferencenameKolokium Siswazah Fakulti Pengajian Islam-
dc.coverage.conferencelocationInstitut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Bandar Baru Bangi-
dc.date.conferencedate25/07/2006-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.