Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394311
Title: | Pembangunan sistem tapak tumbuhan dalam rawatan air sisa domestik di Tasik Chini, Pahang |
Authors: | Siti Rozaimah Sheikh Abdullah Mushrifah Idris Siti Kartom Kamarudin Fatihah Suja |
Conference Name: | Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP |
Keywords: | Air Sisa Kumbahan Tasik Chini Pahang |
Conference Date: | 22/01/2010 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi |
Abstract: | Lembah Tasik Chini dalam Rancangan Tempatan Pekan 2002-2015 telah diwartakan sebagai satu kawasan ekopelancongan. Ia merupakan satu tasik air tawar semulajadi yang merangkumi keluasan 202 hektar. Oleh itu, satu pengurusan bekalan air yang bersepadu diperlukan bagi kawasan ini. Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), UKM telah dianugerahkan dengan 10 ekar tanah di Tasik Chini, Pahang untuk membangunkan satu pusat penyelidikan yang boleh membantu Kerajaan Negeri Pahang untuk memulihara tasik ini. Tasik Chini juga telah diwartakan sebagai satu kawasan sensitive alam sekitar, yang bermakna sebarang air sisa yang disalur ke Tasik Chini perlu memenuhi keperluan akta Piawaian A Akta Alam Sekitar 1979. Oleh itu, kumbahan dari penduduk sekitar tasik perlu dirawat dan memenuhi Piawai A sebelum dialirkan ke Tasik Chini. Air sisa kumbahan mengandungi bahan pencemar yang terampai atau larut, bahan pencemar bukan organik seperti fosforus, nitrat dan logam berat, bahan pencemar organic seperti protein, karbohidrat, minyak dan lemak, serta mikroorgamisma. Dalam penyelidikan ini, satu tapak sistem tapak tumbuhan (reed bed system) berskala pilot telah dibangunkan di Bukit Putri, UKM bagi merawat air sisa kumbahan. Sistem tapak tumbuhan ini akan menggunapakai spesis tumbuhan yang diperolehi di sekitar Tasik Chini sendiri yang berpoterisi untuk merawat air sisa kumbuhan. Di antara spesis tumbuhan Tasik Chini yang telah dikenalpasti berpotensi merawat air sisa adalah Lepironia Articulata, Scirpus Grossus, Eleocharris dan Lotus (teratai). Sistem tapak tumbuhan yang dibangunkan akan dioptimumkan prestasinya bagi menyempurnakan proses penitratan dan penyahniratan air sisa kumbahan. |
Pages: | 661-668 p. |
Call Number: | Q180.55.G7 S445 2010 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.