Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/393813
Title: Model tingkah laku pemandu berisiko di kalangan pemandu Malaysia untuk pencegahan dan intervensi kemalangan
Authors: Rozmi bin Ismail
Hafizah An Nadiah Azlan
Conference Name: Pembangunan, psikologi, dan masalah sosial : Proceeding Seminar Internasional Serumpun Melayu V
Keywords: Tingkah laku pemandu
Personaliti
Kefungsian kognitif
Conference Date: 08/06/2011
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Tingkah laku pemandu telah dikenalpasti sebagai antara faktor utarna yang menjadi punca kepada kecelakaan jalan raya. Kajian lalu mendapati bahawa pengubahan atau modifikasi tingkah laku mampu menawarkan peluang dalam mengurangkan kecederaan. Kajian ini bertujuan menguj i model tingkah laku pemanduan berisiko di kalangan pemandu di Malaysia bagi tujuan pencegahan dan intervensi kemalangan. Kajian ini meJibatkan 339 orang pemandu yang mempunyai pengalaman terlibat dalam kemalangan trafik sekurang-kurangnya sekali, mempunyai lesen kenderaan yang sah dan berpengalaman memandu sekurang-kurangnya satu tahun terpilih sebagai responden. Sampel adalah bersifat heterogenous mewakili pelbagai kumpulan etnik, umur dan gender. Tempat kajian yang dijalankan ini adalah di sekitar Lembah Klang, Pantai Timur, Utara dan Selatan. Setiap responden diminta mengisi satu set soalselidk telah yang terdiri dari beberapa alat ujian psikologi iaitu Inventori Personaliti Big Five, Skala ImpulsiJ Barrat, Soal-selidik Kegagalan Fungsi Kognitif, Soal-selidik Tingkah Laku Pemandu dan Soal-selidik Tingkah Laku-Sikap Pernandu. Analisis Structural Equation Modelling (AMOS) 5.0 menunjukkan bahawa tret-tret psikologi (personaliti dan kognitif) menyumbang secara signifikan terhadap tingkah laku pemanduan berisiko pemandu. Dapatan kajian ini seterusnya akan dipertimbangkan untuk tujuan pencegahan dan intervensi.
Pages: 199 - 208 p.
Call Number: DS523.2.S439 2011 sem.
Publisher: Fakultas Ilmu Budaya Universitas Hasanuddin,Bangi, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.