Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783951| Title: | Kepimpinan guru besar di sekolah kluster kecemerlangan Melaka : kajian kes model kepimpinan |
| Authors: | Vishaliny Ellangovan (P114818) |
| Supervisor: | Bity Salwana Alias, Prof. Madya Dr. Muhammad Yusof Mohd Nor, Dr. |
| Keywords: | School principals -- Malaysia Educational leadership -- Malaysia School management and organization -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 21-Jul-2025 |
| Abstract: | Keberkesanan sesebuah sekolah banyak bergantung pada kepimpinan guru besar. Namun, di Melaka amalan kepimpinan guru besar di sekolah rendah masih kurang memuaskan, terbukti dengan bilangan sekolah bertaraf Kluster Kecemerlangan yang rendah. Kajian ini bertujuan meneroka amalan kepimpinan guru besar, peranannya dalam memastikan kecemerlangan guru, serta tanggungjawab guru besar dalam meningkatkan pencapaian sekolah. Dalam usaha ini, model-model kepimpinan seperti kepimpinan transformasional, instruksional, transaksional dan distributif dijadikan rujukan untuk melengkapkan kajian ini. Sekolah yang menjadi fokus kajian adalah sebuah sekolah rendah di daerah Melaka Tengah yang telah menunjukkan pencapaian luar biasa secara konsisten. Sekolah ini bukan sahaja diiktiraf melalui pelbagai anugerah berprestij seperti Anugerah Sekolah Cemerlang 2007 dan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2014, malah turut dipilih untuk menyertai Kohort 6 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) pada tahun 2021. Selain itu, sekolah ini juga mencatat kejayaan antarabangsa dalam pertandingan Micro Bit Idol serta mendapat Anugerah Pengurusan Terbaik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, dengan pengumpulan data dilakukan melalui temu bual bersemuka yang melibatkan 15 peserta kajian. Mereka terdiri daripada guru kanan, ketua panitia, dan guru biasa. Data yang diperoleh dianalisis secara tematik dengan menggunakan persian Nvivo 14 bagi mengenal pasti tema-tema utama. Didapati bahawa guru besar mengamalkan kepimpinan sistematik, berorganisasi, bertanggungjawab, dan terbuka menerima pandangan. Beliau juga memberi motivasi, menjadi suri teladan, menggalakkan kerja berpasukan, serta mempengaruhi para guru dalam aspek pengajaran dan pembangunan profesional guru. Selain itu, kejayaan sekolah turut didorong oleh perubahan positif sistem sekolah, memastikan sumber mencukupi, serta mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif. Hasil kajian ini memberi implikasi penting kepada pemimpin sekolah rendah, di mana model kepimpinan yang diamalkan boleh dijadikan panduan bagi sekolah lain di Melaka untuk menambahbaik pengurusan sekolah sekaligus meningkatkan bilangan sekolah kluster dan meningkatkan kualiti pendidikan. |
| Pages: | 200 |
| Call Number: | LB2831.926.M4V537 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783951 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kepimpinan guru besar di sekolah kluster kecemerlangan Melaka kajian kes model kepimpinan.pdf | Full-text | 1.58 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.