Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783951
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorBity Salwana Alias, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorMuhammad Yusof Mohd Nor, Dr.en_US
dc.contributor.authorVishaliny Ellangovan (P114818)en_US
dc.date.accessioned2026-07-03T03:13:19Z-
dc.date.available2026-07-03T03:13:19Z-
dc.date.issued2025-07-21-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783951-
dc.description.abstractKeberkesanan sesebuah sekolah banyak bergantung pada kepimpinan guru besar. Namun, di Melaka amalan kepimpinan guru besar di sekolah rendah masih kurang memuaskan, terbukti dengan bilangan sekolah bertaraf Kluster Kecemerlangan yang rendah. Kajian ini bertujuan meneroka amalan kepimpinan guru besar, peranannya dalam memastikan kecemerlangan guru, serta tanggungjawab guru besar dalam meningkatkan pencapaian sekolah. Dalam usaha ini, model-model kepimpinan seperti kepimpinan transformasional, instruksional, transaksional dan distributif dijadikan rujukan untuk melengkapkan kajian ini. Sekolah yang menjadi fokus kajian adalah sebuah sekolah rendah di daerah Melaka Tengah yang telah menunjukkan pencapaian luar biasa secara konsisten. Sekolah ini bukan sahaja diiktiraf melalui pelbagai anugerah berprestij seperti Anugerah Sekolah Cemerlang 2007 dan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2014, malah turut dipilih untuk menyertai Kohort 6 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) pada tahun 2021. Selain itu, sekolah ini juga mencatat kejayaan antarabangsa dalam pertandingan Micro Bit Idol serta mendapat Anugerah Pengurusan Terbaik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, dengan pengumpulan data dilakukan melalui temu bual bersemuka yang melibatkan 15 peserta kajian. Mereka terdiri daripada guru kanan, ketua panitia, dan guru biasa. Data yang diperoleh dianalisis secara tematik dengan menggunakan persian Nvivo 14 bagi mengenal pasti tema-tema utama. Didapati bahawa guru besar mengamalkan kepimpinan sistematik, berorganisasi, bertanggungjawab, dan terbuka menerima pandangan. Beliau juga memberi motivasi, menjadi suri teladan, menggalakkan kerja berpasukan, serta mempengaruhi para guru dalam aspek pengajaran dan pembangunan profesional guru. Selain itu, kejayaan sekolah turut didorong oleh perubahan positif sistem sekolah, memastikan sumber mencukupi, serta mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif. Hasil kajian ini memberi implikasi penting kepada pemimpin sekolah rendah, di mana model kepimpinan yang diamalkan boleh dijadikan panduan bagi sekolah lain di Melaka untuk menambahbaik pengurusan sekolah sekaligus meningkatkan bilangan sekolah kluster dan meningkatkan kualiti pendidikan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.subjectSchool principals -- Malaysiaen_US
dc.subjectEducational leadership -- Malaysiaen_US
dc.subjectSchool management and organization -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKepimpinan guru besar di sekolah kluster kecemerlangan Melaka : kajian kes model kepimpinanen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages200en_US
dc.identifier.callnoLB2831.926.M4V537 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007779en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kepimpinan guru besar di sekolah kluster kecemerlangan Melaka kajian kes model kepimpinan.pdfFull-text1.58 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.