Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783920
Title: Gaya belajar, bakat kreativiti dan perlaksanaan program pemupukan bakat keusahawanan - satu kajian kes di Malaysia
Authors: Barjoyai Bardai
Ismail Upawi
Conference Name: Prospek dan Cabaran Ekonomi dan Pengurusan Dalam Pembangunan Industri Abad ke-21
Keywords: Keusahawanan
Kreativiti
Inovasi
Conference Date: 1994-07-25
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Bakat dan kecemerlangan seorang usahawan biasanya dikaitkan dengan empat kualiti dan sifat utama iaitu misi diri, motivasi tinggi untuk mencapai kecemerlangan, orientasi pasaran (atau pengguna) serta paling utama bersikap kreatif dan inovatif di dalam pandangan dan tindakan (Farrell - 1994). Sikap kreatif dan inovatif ini boleh dilihat dari perspektif pandangan dan idea yang dikemukakan. Ahli psikologi dan neurologi menganggarkan bahawa bakat dan kebolehan kreativiti ini boleh dikaitkan dengan gayacara pembelajaran, pemikiran dan pembuatan keputusan. Gayacara pembelajaran yang mirip kepada kaedah pendengaran, pandangan atau praktikum umpamanya akan memberikan kesan terhadap bakat kreativiti seseorang itu. Gayacara pemikiran yang menumpu atau meluas juga akan mempengaruhi bakat dan kebolehan kreativiti seseorang. Gayacara seseorang itu membuat keputusan juga boleh dikaitkan dengan pemupukan dan bakat kreativitinya. Satu instrumen yang telah dibentuk oleh 'Educational Media Corporation' di Minneapolis (1981) berkait dengan pengesanan bakat kreativiti, gayacara pembelajaran, berfikir dan membuat keputusan telah diubahsuai dan disusun semula di dalam Bahasa Malaysia. Ia telah digunakan ke atas 232 orang pemimpin syarikat di dalam Program Tunas Bistari anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Johor pada tahun 1993. Program Tunas Bistari ini adalah sebuah program bimbingan usahawan yang diwujudkan di 25 buah sekolah-sekolah seluruh negeri Johor dengan matlamat untuk mewujudkan bakal usahawan dari kalangan pelajar sekolah menengah di negeri tersebut. Peserta di dalam program ini adalah terdiri dari pelajar dari sekolah-sekolah yang dipilih. Kira-kira 30 peserta telah dipilih dari setiap sekolah untuk mengikuti program ini setelah mereka memohon dan ditemuduga. Setiap syarikat menjalankan perniagaan selama 7 bulan sebelum perniagaan dibubarkan dan modal serta dividen dibayar kepada pemegang sahamnya. Di setiap sekolah syarikat-syarikat ditubuhkan dan pemimpin-pemimpinnya dipilih. Instrumen in telah dikemukakan kepada pemimpin syarikat ini yang terdiri dari pengurus besar dan pengurus-pengurus lain yang berkaitan. Lima orang peserta dipilih dari setiap sekolah untuk tujuan kajian ini. Matlamatnya ialah untuk mengkaji gejala sikap dan bakat kreativiti di kalangan pemimpin perniagaan ini dan melihat kaitannya dengan gayacara mencadangkan polisi dan strategi bagi membimbing bakat keusahawanan di sekolah dengan mengaitkannya pembelajaran, pemikiran dan pembuatan keputusan. Kertas ini cuba melaporkan hasil kajian ini dan kepada gayacara pembelajaran, pemikiran dan pembuatan keputusan yang perlu dipupuk samada secara langsung atau tidak langsung melalui sistem pendidikan yang formal.
Pages: 350-361
Call Number: HD29.S436 1994 katsem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783920
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.