Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783479| Title: | Meneroka amalan pengajaran bahasa Inggeris prasekolah di Sarawak |
| Authors: | Mohamad Iskanda Mohamad Muar (P109342) |
| Supervisor: | Suziyani Mohamed, Dr. Kamariah Abu Bakar, Dr. |
| Keywords: | English language -- Study and teaching (Preschool) -- Malaysia -- Sarawak English language -- Study and teaching (Preschool) -- Foreign speakers Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 29-Jun-2025 |
| Abstract: | Perubahan dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang memberi penekanan dalam pelaksanaan pengajaran bahasa Inggeris agak memberi kesan kepada guru prasekolah. Kerisauan tentang tahap kompetensi, keyakinan, tahap keupayaan kanak-kanak, cara pengajaran serta ditambah dengan dasar yang tidak selari antara kerajaan negeri dan persekutuan merupakan dilema yang dihadapi oleh guru prasekolah. Pemusatan masalah pengajaran bahasa Inggeris ini kepada guru prasekolah tanpa mempertimbangkan terlebih dahulu alternatif yang mereka usahakan memerlukan penyelidikan berbentuk penerokaan kepada amalan pengajaran mereka. Kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian pelbagai kes menggunakan pensampelan bertujuan melibatkan 12 orang guru prasekolah. Kajian ini akan meneroka amalan persediaan, pelaksanaan pengajaran dan rasionalnya serta cabaran yang mereka hadapi dalam pengajaran bahasa Inggeris di prasekolah Sarawak. Data kajian diperoleh melalui temu bual mendalam, pemerhatian kelas dan pemerhatian dokumen yang dibuat di beberapa lokasi prasekolah yang mewakili bahagian selatan, tengah dan utara negeri Sarawak. Data kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian NVIVO 12 dan ini membawa kepada penemuan sembilan tema utama yang menjawab kepada tiga persoalan kajian berkenaan dengan penerokaan amalan persediaan, pelaksanaan dan cabaran pengajaran bahasa Inggeris di prasekolah Sarawak. Penerokaan tentang amalan persediaan membawa kepada tema ilmu pendidikan, pengetahuan tentang dasar dan latihan dalam perkhidmatan. Penerokaan tentang pelaksanaan pula membawa kepada tema kaedah pengajaran, strategi pembelajaran bahasa Inggeris dan pengurusan kelas. Penerokaan terakhir berkenaan tentang cabaran membawa kepada tema cabaran guru, murid prasekolah dan pengurusan. Untuk menjamin kualiti serta ketepatan dapatan, kesahan dan kebolehpercayaan menggunakan ulasan rakan sekerja, semakan peserta kajian, jejak audit serta triangulasi antara kaedah. Implikasi kajian ini, adalah menjadi rujukan penting kepada agensi-agensi bertanggungjawab dalam mengenal pasti dan memahami situasi yang sebenarnya berlaku, kepercayaan serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pengajaran bahasa Inggeris di prasekolah. Kesimpulannya, dapatan tentang persediaan, kepercayaan serta kekuatan guru prasekolah dalam pelaksanaan pengajaran bahasa Inggeris boleh dijadikan panduan untuk guru prasekolah yang lain. Penyelesaian kepada cabaran-cabaran pula memerlukan usaha berterusan sesama guru prasekolah, agensi bertanggungjawab dan penyelidik lain mengenai apa yang perlu dilakukan seterusnya dalam mengurangi jurang masalah yang berlaku melibatkan pengajaran bahasa Inggeris di prasekolah pada masa akan datang. |
| Pages: | 388 |
| Call Number: | PE1128.A2M633 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783479 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Meneroka amalan pengajaran bahasa Inggeris prasekolah di Sarawak.pdf Restricted Access | Partial | 502.3 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.