Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783479
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSuziyani Mohamed, Dr.en_US
dc.contributor.advisorKamariah Abu Bakar, Dr.en_US
dc.contributor.authorMohamad Iskanda Mohamad Muar (P109342)en_US
dc.date.accessioned2026-05-22T03:27:02Z-
dc.date.available2026-05-22T03:27:02Z-
dc.date.issued2025-06-29-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783479-
dc.description.abstractPerubahan dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang memberi penekanan dalam pelaksanaan pengajaran bahasa Inggeris agak memberi kesan kepada guru prasekolah. Kerisauan tentang tahap kompetensi, keyakinan, tahap keupayaan kanak-kanak, cara pengajaran serta ditambah dengan dasar yang tidak selari antara kerajaan negeri dan persekutuan merupakan dilema yang dihadapi oleh guru prasekolah. Pemusatan masalah pengajaran bahasa Inggeris ini kepada guru prasekolah tanpa mempertimbangkan terlebih dahulu alternatif yang mereka usahakan memerlukan penyelidikan berbentuk penerokaan kepada amalan pengajaran mereka. Kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian pelbagai kes menggunakan pensampelan bertujuan melibatkan 12 orang guru prasekolah. Kajian ini akan meneroka amalan persediaan, pelaksanaan pengajaran dan rasionalnya serta cabaran yang mereka hadapi dalam pengajaran bahasa Inggeris di prasekolah Sarawak. Data kajian diperoleh melalui temu bual mendalam, pemerhatian kelas dan pemerhatian dokumen yang dibuat di beberapa lokasi prasekolah yang mewakili bahagian selatan, tengah dan utara negeri Sarawak. Data kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian NVIVO 12 dan ini membawa kepada penemuan sembilan tema utama yang menjawab kepada tiga persoalan kajian berkenaan dengan penerokaan amalan persediaan, pelaksanaan dan cabaran pengajaran bahasa Inggeris di prasekolah Sarawak. Penerokaan tentang amalan persediaan membawa kepada tema ilmu pendidikan, pengetahuan tentang dasar dan latihan dalam perkhidmatan. Penerokaan tentang pelaksanaan pula membawa kepada tema kaedah pengajaran, strategi pembelajaran bahasa Inggeris dan pengurusan kelas. Penerokaan terakhir berkenaan tentang cabaran membawa kepada tema cabaran guru, murid prasekolah dan pengurusan. Untuk menjamin kualiti serta ketepatan dapatan, kesahan dan kebolehpercayaan menggunakan ulasan rakan sekerja, semakan peserta kajian, jejak audit serta triangulasi antara kaedah. Implikasi kajian ini, adalah menjadi rujukan penting kepada agensi-agensi bertanggungjawab dalam mengenal pasti dan memahami situasi yang sebenarnya berlaku, kepercayaan serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pengajaran bahasa Inggeris di prasekolah. Kesimpulannya, dapatan tentang persediaan, kepercayaan serta kekuatan guru prasekolah dalam pelaksanaan pengajaran bahasa Inggeris boleh dijadikan panduan untuk guru prasekolah yang lain. Penyelesaian kepada cabaran-cabaran pula memerlukan usaha berterusan sesama guru prasekolah, agensi bertanggungjawab dan penyelidik lain mengenai apa yang perlu dilakukan seterusnya dalam mengurangi jurang masalah yang berlaku melibatkan pengajaran bahasa Inggeris di prasekolah pada masa akan datang.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.rightsTerhad/Restricted-
dc.subjectEnglish language -- Study and teaching (Preschool) -- Malaysia -- Sarawaken_US
dc.subjectEnglish language -- Study and teaching (Preschool) -- Foreign speakersen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleMeneroka amalan pengajaran bahasa Inggeris prasekolah di Sarawaken_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKM-
dc.format.pages388en_US
dc.identifier.callnoPE1128.A2M633 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007760en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Meneroka amalan pengajaran bahasa Inggeris prasekolah di Sarawak.pdf
  Restricted Access
Partial502.3 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.