Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783475
Title: Kefahaman kanak-kanak tentang aktiviti membeli-belah
Authors: Nik Rahimah Nik Yacob
Ghazali Jaffar
Sallehudin Mohd Noor
Editors: Nik Hashim Mustapha
Jaafar Muhamad
Aliah Hanim Mohd. Salleh
Zaini Mahbar
Conference Name: Prospek dan Cabaran Ekonomi dan Pengurusan Dalam Pembangunan Industri Abad ke-21
Keywords: Tingkah laku pengguna
Pendidikan pengguna
Pengiklanan media massa
Conference Date: 1994-07-25
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Melalui proses sosialisasi kanak-kanak memperoleh pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi seorang pengguna. Dengan mengiringi ibubapa membeli-belah dan melalui pendedahan kepada pengiklanan di media massa, kemahiran kanak-kanak sebagai seorang pengguna terbentuk melalui masa. Untuk menghayati apakah kefahaman kanak-kanak tentang aktiviti membeli-belah, kertas kerja ini melaporkan hasil kajian yang melibatkan analisis kandungan (content analysis) lukisan kanak-kanak berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Sampel kanak-kanak ini diperoleh dari empat kawasan di Semenanjung Malaysia, iaitu Kota Bharu, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Lembah Kelang. Hasil kajian ini telah mendapati bahawa kanak-kanak lebih gemar mengaitkan aktiviti membeli-belah dengan pembelian di kedai-kedai terutamanya di pasaraya. Kanak- kanak yang berumur lebih daripada sembilan tahun didapati lebih memahami mengenai konsep-konsep membeli-belah seperti pertukaran, pembayaran, dan tawaran murah berbanding dengan mereka yang lebih muda.
Pages: 287-295
Call Number: HD26.S436 1994 katsem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783475
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.