Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783408
Title: Efikasi kendiri dan sikap guru matematik terhadap pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pemudahcaraan
Authors: Mohd Rodzaly Osman (P101205)
Supervisor: Siti Mistima Maat, Prof. Madya Dr.
Keywords: Educational technology
Mathematics -- Study and teaching
Self-efficacy
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Sep-2024
Abstract: Dalam era digital masa kini, pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan menjadi semakin penting untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Meskipun begitu, ramai guru matematik yang mempunyai efikasi kendiri dan sikap yang rendah terhadap TMK. Justeru, kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan telah dijalankan untuk mengukur efikasi kendiri, sikap dan pengintegrasian TMK guru matematik sekolah menengah dalam PdPc. Kajian ini melibatkan 127 orang guru Matematik di 12 buah sekolah menengah dalam daerah Kuala Langat. Kajian ini turut mengambil kira faktor jantina, umur dan pengalaman mengajar. Analisis statistik deskriptif menunjukkan bahawa guru lelaki dan perempuan menunjukkan tahap efikasi kendiri dan sikap yang hampir sama untuk mengintegrasikan TMK dalam PdPc. Analisis statistik inferensi memaparkan efikasi kendiri adalah peramal terbaik yang signifikan dalam pengintegrasian TMK berbanding sikap guru. Kesimpulannya, sekiranya tahap efikasi kendiri guru adalah tinggi disertai dengan sikap yang positif, maka guru Matematik mampu mengintegrasikan TMK dalam proses PdPc dengan berkesan. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan Kementerian Pendidikan perlu memberi perhatian yang serius terhadap dua faktor ini untuk memastikan guru Matematik mengintegrasikan TMK dalam PdPc selari dengan aspirasi negara dalam PAK 21 dan IR 4.0.
Pages: 119
Call Number: LB1028.3.M6349 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783408
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.