Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783408
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Mistima Maat, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd Rodzaly Osman (P101205)en_US
dc.date.accessioned2026-05-20T06:38:43Z-
dc.date.available2026-05-20T06:38:43Z-
dc.date.issued2024-09-23-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783408-
dc.description.abstractDalam era digital masa kini, pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan menjadi semakin penting untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Meskipun begitu, ramai guru matematik yang mempunyai efikasi kendiri dan sikap yang rendah terhadap TMK. Justeru, kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan telah dijalankan untuk mengukur efikasi kendiri, sikap dan pengintegrasian TMK guru matematik sekolah menengah dalam PdPc. Kajian ini melibatkan 127 orang guru Matematik di 12 buah sekolah menengah dalam daerah Kuala Langat. Kajian ini turut mengambil kira faktor jantina, umur dan pengalaman mengajar. Analisis statistik deskriptif menunjukkan bahawa guru lelaki dan perempuan menunjukkan tahap efikasi kendiri dan sikap yang hampir sama untuk mengintegrasikan TMK dalam PdPc. Analisis statistik inferensi memaparkan efikasi kendiri adalah peramal terbaik yang signifikan dalam pengintegrasian TMK berbanding sikap guru. Kesimpulannya, sekiranya tahap efikasi kendiri guru adalah tinggi disertai dengan sikap yang positif, maka guru Matematik mampu mengintegrasikan TMK dalam proses PdPc dengan berkesan. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan Kementerian Pendidikan perlu memberi perhatian yang serius terhadap dua faktor ini untuk memastikan guru Matematik mengintegrasikan TMK dalam PdPc selari dengan aspirasi negara dalam PAK 21 dan IR 4.0.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.rightsTerhad/Restricted-
dc.subjectEducational technologyen_US
dc.subjectMathematics -- Study and teachingen_US
dc.subjectSelf-efficacyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleEfikasi kendiri dan sikap guru matematik terhadap pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pemudahcaraanen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKM-
dc.format.pages119en_US
dc.identifier.callnoLB1028.3.M6349 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007610en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.