Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783401| Title: | Pengaruh penggunaan audio visual sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPc) mata pelajaran Sejarah |
| Authors: | Hashim Mat (P101383) |
| Supervisor: | Anuar Ahmad, Dr. |
| Keywords: | Audio-visual education Teaching -- Aids and devices History -- Study and teaching Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 6-Apr-2024 |
| Abstract: | Pengaruh penggunaan audio visual oleh guru telah dikenal pasti memberi impak yang besar terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran oleh murid. Penggunaan audio visual dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPc) mata pelajaran Sejarah banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor yang telah dikenal pasti iaitu motivasi guru, peruntukan kerajaan, komitmen guru, penyediaan audio visual dan pengurusan masa sebagai pembolehubah bebas. Kajian ini juga mempunyai pembolehubah bersandar iaitu penggunaan audio visual dalam PdPc mata pelajaran Sejarah. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Terdapat empat (4) persoalan kajian di dalam kajian ini yang telah dibina. Kajian ini mempunyai lima (5) hipotesis untuk melihat hubungan pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar. Kajian ini juga melihat pengaruh pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar. Populasi kajian ini adalah dari murid tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1). Populasi bagi murid tingkatan 1 dianggarkan seramai 250 orang. Dari jumlah ini seramai 152 responden telah dipilih sebagai sampel kajian yang dipilih secara bertujuan. Data telah dikumpulkan melalui talian (online), analisis data untuk deskriptif dan inferensi (Korelasi Pearson dan Regresi Berganda). Data tersebut dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22. Analisis deskriptif menunjukkan tahap motivasi guru, peruntukan kerajaan, komitmen guru, penyediaan alat bantuan audio visual, pengurusan masa, penggunaan audio visual adalah tinggi dari persepsi murid. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat antara motivasi guru, peruntukan kerajaan, komitmen guru, penyediaan alat bantuan audio visual dan pengurusan masa tehadap penggunaan audio visual dalam PdPc mata pelajaran Sejarah. Manakala, analisis regresi berganda menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan antara pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar. Penyumbang tertinggi adalah penyediaan alat bantuan audio visual oleh guru diikuti oleh peruntukan kerajaan untuk menyediakan alat bantuan audio visual, pengurusan masa guru, komitmen guru dan motivasi guru mengikut turutan. |
| Pages: | 116 |
| Call Number: | LB1043.H337 2024 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783401 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pengaruh penggunaan audio visual sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pemudahcara PDPC mata pelajaran Sejarah.pdf Restricted Access | Full-text | 1.61 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.