Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783401
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAnuar Ahmad, Dr.en_US
dc.contributor.authorHashim Mat (P101383)en_US
dc.date.accessioned2026-05-20T06:30:36Z-
dc.date.available2026-05-20T06:30:36Z-
dc.date.issued2024-04-06-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783401-
dc.description.abstractPengaruh penggunaan audio visual oleh guru telah dikenal pasti memberi impak yang besar terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran oleh murid. Penggunaan audio visual dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPc) mata pelajaran Sejarah banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor yang telah dikenal pasti iaitu motivasi guru, peruntukan kerajaan, komitmen guru, penyediaan audio visual dan pengurusan masa sebagai pembolehubah bebas. Kajian ini juga mempunyai pembolehubah bersandar iaitu penggunaan audio visual dalam PdPc mata pelajaran Sejarah. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Terdapat empat (4) persoalan kajian di dalam kajian ini yang telah dibina. Kajian ini mempunyai lima (5) hipotesis untuk melihat hubungan pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar. Kajian ini juga melihat pengaruh pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar. Populasi kajian ini adalah dari murid tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1). Populasi bagi murid tingkatan 1 dianggarkan seramai 250 orang. Dari jumlah ini seramai 152 responden telah dipilih sebagai sampel kajian yang dipilih secara bertujuan. Data telah dikumpulkan melalui talian (online), analisis data untuk deskriptif dan inferensi (Korelasi Pearson dan Regresi Berganda). Data tersebut dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22. Analisis deskriptif menunjukkan tahap motivasi guru, peruntukan kerajaan, komitmen guru, penyediaan alat bantuan audio visual, pengurusan masa, penggunaan audio visual adalah tinggi dari persepsi murid. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat antara motivasi guru, peruntukan kerajaan, komitmen guru, penyediaan alat bantuan audio visual dan pengurusan masa tehadap penggunaan audio visual dalam PdPc mata pelajaran Sejarah. Manakala, analisis regresi berganda menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan antara pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar. Penyumbang tertinggi adalah penyediaan alat bantuan audio visual oleh guru diikuti oleh peruntukan kerajaan untuk menyediakan alat bantuan audio visual, pengurusan masa guru, komitmen guru dan motivasi guru mengikut turutan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectAudio-visual educationen_US
dc.subjectTeaching -- Aids and devicesen_US
dc.subjectHistory -- Study and teachingen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengaruh penggunaan audio visual sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPc) mata pelajaran Sejarahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages116en_US
dc.identifier.callnoLB1043.H337 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007603en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengaruh penggunaan audio visual sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pemudahcara PDPC mata pelajaran Sejarah.pdf
  Restricted Access
Full-text1.61 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.