Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783397| Title: | Kompetensi dan sikap guru sains terhadap pedagogi responsif budaya berfokus sosio ekonomi murid |
| Authors: | Noor Hidayah Halal (P101219) |
| Supervisor: | Ruhizan Mohd Yassin, Prof. Dr. |
| Keywords: | Culturally relevant pedagogy Study and teaching Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 11-Jun-2024 |
| Abstract: | Sifat mata pelajaran sains yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi seperti analisis kritis, penyelesaian masalah dan kreativiti merupakan satu cabaran kepada murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk latar belakang sosioekonomi yang berbeza untuk mendalami mata pelajaran ini. Kekurangan minat terhadap subjek sains lebih ketara dikalangan murid daripada keluarga sosioekonomi yang rendah. Tanggapan bahawa mata pelajaran sains sukar untuk dikuasai menyebabkan mereka tidak berminat terhadap mata pelajaran ini sekaligus menyebakan guru-guru mengalami kesukaran untuk mengajar murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, guru perlu memainkan peranan utama dalam mengembalikan minat murid pelbagai latar belakang terhadap pembelajaran sains. Pedagogi Responsif Budaya (PRB) yang menekankan kekuatan latar belakang murid adalah merupakan kaedah pedagogi yang dianggap terbaik untuk dilaksanakan di sekolah yang mempunyai pelbagai latar belakang. Oleh itu, kajian tinjauan ini dilaksanakan untuk mengenalpasti kompetnsi dan sikap guru sains terhadap pelaksanaan PRB berfokuskan latar belakang sosioekonomi murid. Kajian ini melibatkan 250 orang sampel yang terdiri daripada guru sains yang mengajar murid daripada pelbagai kumpulan sosioekonomi di daerah Petaling Perdana dan Petaling Utama, Selangor. Dalam kajian ini, instrumen soal selidik digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Statistik deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi pula dijalankan bagi menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara bilangan tahun pengalaman guru sains mengajar dengan tahap kompetensi dan sikap dalam PRB. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kompetensi dan sikap guru terhadap PRB adalah berada pada tahap sederhana dengan nilai min masing-masing 3.64 dan 3.31. Lima konstruk utama berkaitan PRB terlibat dalam kajian ini iaitu integrasi kandungan, pembinaan pengetahuan, mengurangkan prasangka, keadilan sosial dan pembangunan akademik. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap kompetensi bagi konstruk integrasi kandungan, mengurangkan prasangka dan pembangunan akademik berada pada tahap sederhana manakala konstruk integrasi kandungan dan keadilan sosial berada pada tahap tinggi. Selain itu, didapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap kompetensi dan sikap guru sains terhadap PRB mengikut pengalaman mengajar guru. Guru yang lebih berpengalaman mempunyai tahap kompetensi dan sikap yang lebih tinggi berbanding guru baharu. Oleh itu, berdasarkan kajian ini didapati kompetensi dan sikap guru sains yang mengajar murid daripada pelbagai kumpulan sosioekonomi di bandar penting diamal dan dilaksanakan bagi memastikan pembentukan sosioemosi murid ke arah sikap abad ke-21dapat dibina melalui pembelajaran sains. |
| Notes: | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
| Pages: | 132 |
| Call Number: | LC1099.N636 2024 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783397 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kompetensi dan sikap guru sains terhadap pedagogi responsif budaya berfokus sosio ekonomi murid.pdf Restricted Access | Partial | 454.35 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.