Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783397
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuhizan Mohd Yassin, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorNoor Hidayah Halal (P101219)en_US
dc.date.accessioned2026-05-20T06:25:11Z-
dc.date.available2026-05-20T06:25:11Z-
dc.date.issued2024-06-11-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783397-
dc.description.abstractSifat mata pelajaran sains yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi seperti analisis kritis, penyelesaian masalah dan kreativiti merupakan satu cabaran kepada murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk latar belakang sosioekonomi yang berbeza untuk mendalami mata pelajaran ini. Kekurangan minat terhadap subjek sains lebih ketara dikalangan murid daripada keluarga sosioekonomi yang rendah. Tanggapan bahawa mata pelajaran sains sukar untuk dikuasai menyebabkan mereka tidak berminat terhadap mata pelajaran ini sekaligus menyebakan guru-guru mengalami kesukaran untuk mengajar murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, guru perlu memainkan peranan utama dalam mengembalikan minat murid pelbagai latar belakang terhadap pembelajaran sains. Pedagogi Responsif Budaya (PRB) yang menekankan kekuatan latar belakang murid adalah merupakan kaedah pedagogi yang dianggap terbaik untuk dilaksanakan di sekolah yang mempunyai pelbagai latar belakang. Oleh itu, kajian tinjauan ini dilaksanakan untuk mengenalpasti kompetnsi dan sikap guru sains terhadap pelaksanaan PRB berfokuskan latar belakang sosioekonomi murid. Kajian ini melibatkan 250 orang sampel yang terdiri daripada guru sains yang mengajar murid daripada pelbagai kumpulan sosioekonomi di daerah Petaling Perdana dan Petaling Utama, Selangor. Dalam kajian ini, instrumen soal selidik digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Statistik deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi pula dijalankan bagi menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara bilangan tahun pengalaman guru sains mengajar dengan tahap kompetensi dan sikap dalam PRB. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kompetensi dan sikap guru terhadap PRB adalah berada pada tahap sederhana dengan nilai min masing-masing 3.64 dan 3.31. Lima konstruk utama berkaitan PRB terlibat dalam kajian ini iaitu integrasi kandungan, pembinaan pengetahuan, mengurangkan prasangka, keadilan sosial dan pembangunan akademik. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap kompetensi bagi konstruk integrasi kandungan, mengurangkan prasangka dan pembangunan akademik berada pada tahap sederhana manakala konstruk integrasi kandungan dan keadilan sosial berada pada tahap tinggi. Selain itu, didapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap kompetensi dan sikap guru sains terhadap PRB mengikut pengalaman mengajar guru. Guru yang lebih berpengalaman mempunyai tahap kompetensi dan sikap yang lebih tinggi berbanding guru baharu. Oleh itu, berdasarkan kajian ini didapati kompetensi dan sikap guru sains yang mengajar murid daripada pelbagai kumpulan sosioekonomi di bandar penting diamal dan dilaksanakan bagi memastikan pembentukan sosioemosi murid ke arah sikap abad ke-21dapat dibina melalui pembelajaran sains.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectCulturally relevant pedagogyen_US
dc.subjectStudy and teachingen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKompetensi dan sikap guru sains terhadap pedagogi responsif budaya berfokus sosio ekonomi muriden_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"en_US
dc.format.pages132en_US
dc.identifier.callnoLC1099.N636 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007583en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kompetensi dan sikap guru sains terhadap pedagogi responsif budaya berfokus sosio ekonomi murid.pdf
  Restricted Access
Partial454.35 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.