Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783396| Title: | Aplikasi mudah alih untuk kanak-kanak prasekolah : apps Mahir Nama |
| Authors: | Nur Ainul Husna Mohd Najib (P107220) |
| Supervisor: | Kamariah Abu Bakar, Dr. |
| Keywords: | Educational technology Mobile apps Preschool children Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 1-Mar-2024 |
| Abstract: | Pelbagai jenis aplikasi mudah alih multimedia semakin diterima sebagai sumber pendidikan yang sesuai untuk perkembangan bahasa pertuturan dan tulisan kanak-kanak. Kemahiran menulis asas seperti menulis nama sendiri dengan betul merupakan perkara yang amat penting dalam diri setiap kanak-kanak kerana nama ini akan digunakan sepanjang hidup mereka. Umumnya kanak-kanak prasekolah memerlukan bantuan orang dewasa untuk memperkembangkan kemahiran menulis mereka. Oleh itu, guru perlu merangka strategi dan alat bantu mengajar yang sesuai bagi membantu meningkatkan kemahiran menulis nama kanak-kanak prasekolah ini. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk pembangunan aplikasi mudah alih Mahir Nama di kalangan Murid Prasekolah dengan menggunakan model ADDIE. Objektif kajian ini adalah (i) menganalisis dan mengenal pasti keperluan murid prasekolah dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran menulis nama, (ii), mereka bentuk bahan pengajaran yang sesuai bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran menulis nama, (iii) membangun aplikasi mudah alih Mahir Nama menggunakan Android Studio, (iv) melaksana dan merekod kebolehgunaan aplikasi mudah alih Mahir Nama dan (v) menilai kesesuaian reka bentuk dan tahap kebolehgunaan aplikasi mudah alih Mahir Nama berdasarkan maklum balas daripada guru prasekolah. Kajian ini mendapati bahawa murid prasekolah masih lemah dalam penulisan menggunakan tangan khususnya menulis nama sendiri. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan metodologi (kuantitatif dan kualitatif) iaitu kaedah tinjauan (penyerahan borang soal selidik) bagi mewakili metodologi kajian kuantitatif, manakala kaedah pemerhatian dan analisis dokumen serta temu bual bagi mewakili metodologi kajian kualitatif. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat keperluan untuk membantu kanak-kanak menulis nama sendiri dengan betul. Dapatan juga menunjukkan tahap penilaian pembangunan reka bentuk daripada segi unsur paparan antara muka, unsur kandungan, unsur ciri-ciri multimedia dan unsur kebolehgunaan adalah tinggi dengan min skor semua aspek yang dinilai melebihi 4.0. Hasil kajian bagi aplikasi mudah alih Mahir Nama mengikut persepsi guru prasekolah menunjukkan guru bersetuju aplikasi ini boleh digunakan untuk kanak-kanak prasekolah serta dilaksanakan di kelas prasekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis nama. Kajian ini diharapkan dapat memberi impak yang lebih baik kepada guru prasekolah dengan penggunaan aplikasi mudah alih Mahir Nama dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan dalam bilik darjah kepada kanak-kanak prasekolah. Dapat disimpulkan bahawa model ADDIE dapat membantu reka bentuk aplikasi mudah alih Mahir Nama dengan berkesan. |
| Pages: | 150 |
| Call Number: | LB1028.3.N83771 2024 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783396 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Aplikasi mudah alih untuk kanak-kanak prasekolah apps mahir nama.pdf Restricted Access | Full-text | 1.46 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.