Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783396
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamariah Abu Bakar, Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Ainul Husna Mohd Najib (P107220)en_US
dc.date.accessioned2026-05-20T06:23:50Z-
dc.date.available2026-05-20T06:23:50Z-
dc.date.issued2024-03-01-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783396-
dc.description.abstractPelbagai jenis aplikasi mudah alih multimedia semakin diterima sebagai sumber pendidikan yang sesuai untuk perkembangan bahasa pertuturan dan tulisan kanak-kanak. Kemahiran menulis asas seperti menulis nama sendiri dengan betul merupakan perkara yang amat penting dalam diri setiap kanak-kanak kerana nama ini akan digunakan sepanjang hidup mereka. Umumnya kanak-kanak prasekolah memerlukan bantuan orang dewasa untuk memperkembangkan kemahiran menulis mereka. Oleh itu, guru perlu merangka strategi dan alat bantu mengajar yang sesuai bagi membantu meningkatkan kemahiran menulis nama kanak-kanak prasekolah ini. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk pembangunan aplikasi mudah alih Mahir Nama di kalangan Murid Prasekolah dengan menggunakan model ADDIE. Objektif kajian ini adalah (i) menganalisis dan mengenal pasti keperluan murid prasekolah dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran menulis nama, (ii), mereka bentuk bahan pengajaran yang sesuai bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran menulis nama, (iii) membangun aplikasi mudah alih Mahir Nama menggunakan Android Studio, (iv) melaksana dan merekod kebolehgunaan aplikasi mudah alih Mahir Nama dan (v) menilai kesesuaian reka bentuk dan tahap kebolehgunaan aplikasi mudah alih Mahir Nama berdasarkan maklum balas daripada guru prasekolah. Kajian ini mendapati bahawa murid prasekolah masih lemah dalam penulisan menggunakan tangan khususnya menulis nama sendiri. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan metodologi (kuantitatif dan kualitatif) iaitu kaedah tinjauan (penyerahan borang soal selidik) bagi mewakili metodologi kajian kuantitatif, manakala kaedah pemerhatian dan analisis dokumen serta temu bual bagi mewakili metodologi kajian kualitatif. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat keperluan untuk membantu kanak-kanak menulis nama sendiri dengan betul. Dapatan juga menunjukkan tahap penilaian pembangunan reka bentuk daripada segi unsur paparan antara muka, unsur kandungan, unsur ciri-ciri multimedia dan unsur kebolehgunaan adalah tinggi dengan min skor semua aspek yang dinilai melebihi 4.0. Hasil kajian bagi aplikasi mudah alih Mahir Nama mengikut persepsi guru prasekolah menunjukkan guru bersetuju aplikasi ini boleh digunakan untuk kanak-kanak prasekolah serta dilaksanakan di kelas prasekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis nama. Kajian ini diharapkan dapat memberi impak yang lebih baik kepada guru prasekolah dengan penggunaan aplikasi mudah alih Mahir Nama dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan dalam bilik darjah kepada kanak-kanak prasekolah. Dapat disimpulkan bahawa model ADDIE dapat membantu reka bentuk aplikasi mudah alih Mahir Nama dengan berkesan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.rightsAccess Terbuka/Open Access-
dc.subjectEducational technologyen_US
dc.subjectMobile appsen_US
dc.subjectPreschool childrenen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAplikasi mudah alih untuk kanak-kanak prasekolah : apps Mahir Namaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKM-
dc.format.pages150en_US
dc.identifier.callnoLB1028.3.N83771 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007582en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Aplikasi mudah alih untuk kanak-kanak prasekolah apps mahir nama.pdf
  Restricted Access
Full-text1.46 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.