Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782928
Title: Faktor-faktor yang memberi kesan kepada kejayaan perlaksanaan Sistem Maklumat Berkomputer (SMB)
Authors: Hamdan Ariffin
Conference Name: Seminar Ekonomi dan Manajemen Indonesia-Malaysia
Keywords: Sistem maklumat berkomputer
Conference Date: 1993-06-05
Conference Location: Banda Aceh, Indonesia
Abstract: Isu keberkesanan perlaksanaan sistem maklumat berkomputer (SMB) mendapat perhatian banyak para penyelidik. Persoalan yang sering ditimbulkan ialah mengapakah banyak sistem SMB yang baru dibentuk tidak dapat memenuhi kehendak pengguna dan pengurusan. Banyak juga kes SMB yang baru dipasang tidak dapat befungsi seperti yang dirancangkan walaupun pembentukan SMB ini telah melalui tahap-tahap proses pembinaan yang rapi dan teliti, bermula daripada peringkat pengumpulan data, analisis data, rekabentuk sistem, penyediaan program dan ujian sistem. Kajian-kajian berkaitan dengan perlaksanaan SMB bertujuan untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang boleh dihubungkaitkan dengan kejayaan (atau kegagalan) perlaksanaan atau penggunaan sesebuah SMB dan apakah ukuran yang boleh digunakan untuk menilai perlaksanaan SMB tersebut. Maklumat ini penting kerana ia boleh membantu organisasi-organisasi melaksanakan SMB mereka dengan lebih berjaya. Kertas ini bertujuan untuk menjelaskan perlaksanaan SMB sebagai satu proses dan membincangkan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perlaksanaan SMB berdasarkan andaian-andaian dan penemuan-penemuan daripada berbagai kajian yang pernah dijalankan, khususnya di AS.
Pages: 1-20
Call Number: HC447.S423 1997 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782928
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.