Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782772| Title: | Keberkesanan enjin pencarian Google Search dalam pembelajaran penulisan karangan bahasa Melayu murid tingkatan empat berbanding pendekatan konvensional |
| Authors: | Siti Salwah Atan (P73640) |
| Supervisor: | Zamri Mahamod, Prof. Dr. Mohammed Azlan Mis, Dr. |
| Keywords: | Educational technology Web-based instruction Malay language -- Study and teaching Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 12-Mar-2025 |
| Abstract: | Kajian ini menilai keberkesanan penggunaan enjin pencarian Google Search terhadap pencapaian penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid tingkatan 4 serta perbezaan pencapaian berdasarkan jantina sebelum dan selepas intervensi. Kajian kuasi-eksperimen ini melibatkan 120 murid aliran sastera di sebuah sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan. Sampel terdiri daripada kumpulan rawatan (n = 60) yang menggunakan Google Search dalam penulisan dan kumpulan konvensional (n = 60) yang menggunakan pendekatan konvensional. Data dikumpul melalui ujian pra dan ujian pasca menggunakan Skema Pemarkahan Karangan SPM serta soal selidik untuk mengukur sikap dan motivasi murid dalam kumpulan rawatan. Keputusan ujian tsampel bebas menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan dalam ujian pra antara kumpulan rawatan (M = 55.92, SP = 10.50) dan kumpulan konvensional (M = 55.81, SP = 10.35), t(118) = -0.08, p = 0.936, mengesahkan keseragaman pencapaian awal. Namun, dalam ujian pasca, kumpulan rawatan menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi secara signifikan (M = 67.45, SP = 9.82) berbanding kumpulan konvensional (M = 60.03, SP = 10.21), t(118) = -5.73, p < 0.001, menunjukkan keberkesanan enjin pencarian Google Search dalam meningkatkan kemahiran penulisan. Selain itu, analisis perbezaan mengikut jantina menunjukkan bahawa murid perempuan mencatatkan pencapaian yang lebih tinggi (M = 61.99, SP = 9.60) berbanding murid lelaki (M = 57.33, SP = 9.00) dalam ujian pasca, dengan perbezaan yang signifikan t(118) = -2.75, p = 0.007. Namun, analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan pencapaian (r = 0.683, p = 0.000) serta antara motivasi dan pencapaian (r = 0.683, p = 0.000), menunjukkan bahawa faktor sikap dan motivasi lebih mempengaruhi keberkesanan penggunaan enjin pencarian. Dapatan kajian ini menyokong penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) sebagai alat sokongan yang dapat membantu meningkatkan pencapaian penulisan murid, terutamanya terhadap murid berpencapaian sederhana. Kajian ini turut mencadangkan agar pendidik mengintegrasikan teknologi dalam strategi pengajaran bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran kendiri dan memperkukuhkan kemahiran menulis melalui pendekatan yang lebih interaktif dan berasaskan pemikiran berimpak tinggi. |
| Pages: | 320 |
| Call Number: | LB1028.3.S568 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782772 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Keberkesanan enjin pencarian Google Search dalam pembelajaran penulisan karangan bahasa Melayu murid tingkatan empat berbanding pendekatan konvensional.pdf Restricted Access | Full-text | 2.43 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.