Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782772
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamri Mahamod, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohammed Azlan Mis, Dr.en_US
dc.contributor.authorSiti Salwah Atan (P73640)en_US
dc.date.accessioned2026-03-11T02:14:29Z-
dc.date.available2026-03-11T02:14:29Z-
dc.date.issued2025-03-12-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782772-
dc.description.abstractKajian ini menilai keberkesanan penggunaan enjin pencarian Google Search terhadap pencapaian penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid tingkatan 4 serta perbezaan pencapaian berdasarkan jantina sebelum dan selepas intervensi. Kajian kuasi-eksperimen ini melibatkan 120 murid aliran sastera di sebuah sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan. Sampel terdiri daripada kumpulan rawatan (n = 60) yang menggunakan Google Search dalam penulisan dan kumpulan konvensional (n = 60) yang menggunakan pendekatan konvensional. Data dikumpul melalui ujian pra dan ujian pasca menggunakan Skema Pemarkahan Karangan SPM serta soal selidik untuk mengukur sikap dan motivasi murid dalam kumpulan rawatan. Keputusan ujian tsampel bebas menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan dalam ujian pra antara kumpulan rawatan (M = 55.92, SP = 10.50) dan kumpulan konvensional (M = 55.81, SP = 10.35), t(118) = -0.08, p = 0.936, mengesahkan keseragaman pencapaian awal. Namun, dalam ujian pasca, kumpulan rawatan menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi secara signifikan (M = 67.45, SP = 9.82) berbanding kumpulan konvensional (M = 60.03, SP = 10.21), t(118) = -5.73, p < 0.001, menunjukkan keberkesanan enjin pencarian Google Search dalam meningkatkan kemahiran penulisan. Selain itu, analisis perbezaan mengikut jantina menunjukkan bahawa murid perempuan mencatatkan pencapaian yang lebih tinggi (M = 61.99, SP = 9.60) berbanding murid lelaki (M = 57.33, SP = 9.00) dalam ujian pasca, dengan perbezaan yang signifikan t(118) = -2.75, p = 0.007. Namun, analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan pencapaian (r = 0.683, p = 0.000) serta antara motivasi dan pencapaian (r = 0.683, p = 0.000), menunjukkan bahawa faktor sikap dan motivasi lebih mempengaruhi keberkesanan penggunaan enjin pencarian. Dapatan kajian ini menyokong penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) sebagai alat sokongan yang dapat membantu meningkatkan pencapaian penulisan murid, terutamanya terhadap murid berpencapaian sederhana. Kajian ini turut mencadangkan agar pendidik mengintegrasikan teknologi dalam strategi pengajaran bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran kendiri dan memperkukuhkan kemahiran menulis melalui pendekatan yang lebih interaktif dan berasaskan pemikiran berimpak tinggi.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectEducational technologyen_US
dc.subjectWeb-based instructionen_US
dc.subjectMalay language -- Study and teachingen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKeberkesanan enjin pencarian Google Search dalam pembelajaran penulisan karangan bahasa Melayu murid tingkatan empat berbanding pendekatan konvensionalen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages320en_US
dc.identifier.callnoLB1028.3.S568 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007719en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.