Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782556| Title: | Pembangunan tak seimbang dan kemiskinan di Sabah dan Sarawak |
| Authors: | Jomo K. S |
| Conference Name: | Seminar Ekonomi Malaysia Ke Arah Tahun 2000 : Fokus Sarawak |
| Keywords: | Dasar Ekonomi Baru Keadilan ekonomi Jurang pembangunan wilayah Malaysia Timur |
| Conference Date: | 1989-09-27 |
| Conference Location: | Holiday Inn, Kuching, Sarawak |
| Abstract: | Kebanyakan perbincangan mengenai soal keadilan ekonomi di Malaysia menumpukan perhatian kepada keadaan di Semenanjung Malaysia. Malangnya, kecenderungan ini terdapat bukan sahaja bagi Dasar Ekonomi Baru, tetapi juga dalam banyak perkara lain. Keadaan ini bukan saja mencerminkan kekurangan data dan maklumat lain tentang Sabah dan Sarawak, tetapi juga sikap pandang sepi serta kejahilan di kalangan kebanyakan orang di Semenanjung Malaysia tentang keadaan di negeri-negeri itu. Walaupun Sabah dan Sarawak juga pernah dijajah oleh British, kedua-dua negeri itu agak berbeza dari segi sejarah, budaya dan banyak segi lain jika dibanding dengan Semenanjung Malaysia. Jurang di antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat sudah lama menimbulkan kebimbangan di kalangan pihak berkuasa. Akibatnya, sebutan 'Malaysia Timur' telah digantikan pada awal tahun 1970an, selepas berlaku perang saudara di Nigeria dan yang lebih penting, di Pakistan. Kebimbangan demikian masih wujud, memandangkan sikap ahli politik tempatan tertentu, yang sekali-sekala mengugut untuk memisah, walaupun biasanya helah demikian cuma bertujuan untuk mendapatkan lebih banyak autonomi dan kuasa di peringkat negeri. Namun begitu, terdapat sebab lain yang harus diperhatikan, seperti yang akan dikemukakan dalam perbincangan berikut. |
| Pages: | 1-6 |
| Call Number: | HC445.5.Z7S33 1989c katsem |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782556 |
| Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.