Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782052
Title: Kaedah pepohon keputusan bagi bahan toksik dalam e-cecair yang dikesan menggunakan kromatografi gas spektrometri jisim (GC-MS)
Authors: Farah Natasha Mohd Aris (P113951)
Supervisor: Noor Hazfalinda Hamzah, Prof. Madya Dr.
Khairul Osman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Vaping
Electronic Nicotine Delivery Systems
Chromatography, Gas
Mass Spectrometry
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-May-2025
Abstract: Penggunaan rokok elektronik (e-rokok/e-cigarette) kini menjadi satu fenomena yang meluas, terutamanya dalam kalangan lelaki dewasa, dan semakin popular dalam kalangan remaja serta kanak-kanak di Malaysia. Akses mudah dan penjualan cecair e-rokok (e-cecair) yang tidak dikawal menimbulkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan produk, piawaian keselamatan, dan risiko kesihatan yang berpotensi. Walaupun terdapat bukti yang semakin meningkat yang mengaitkan Kecederaan Paru-Paru Berkaitan Penggunaan Produk E-rokok atau Vaping (EVALI) dengan sebatian toksik dalam cecair e-rokok, kajian mengenai komposisi kimia e-cecair di Malaysia masih terhad. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti formulasi dan komposisi cecair e-rokok di Malaysia serta mengesan kehadiran bahan toksik dan bahan larangan. Sebanyak 200 sampel e-cecair telah dikumpul secara rawak dari gerai-gerai di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, dan dianalisis menggunakan Kromatografi Gas-Spektrometri Jisim (GC-MS). Sampel tersebut merangkumi pelbagai kategori perisa, termasuk buah-buahan, gula-gula, alkohol, minuman, pencuci mulut, kopi, teh, kekacang, mentol, pudina, rempah ratus, dan tembakau. Analisis mendapati kehadiran pelbagai sebatian seperti 5- hidroksimetilfurfural, benzaldehid, sinamaldehid, etil maltol, etil vanilin, eugenol, furfural, mentol, pulegon, vanilin dan nikotin. Sebahagian daripada bahan ini diketahui mempunyai sifat sitotoksik, menyebabkan kerengsaan saluran pernafasan, atau berisiko karsinogenik. Analisis lanjut menggunakan Analisis Pepohon Keputusan (Decision Tree Analysis/DTA) menunjukkan bahawa sebatian toksik iaitu etil vanilin merupakan pemboleh ubah yang signifikan dalam e-cecair berperisa terutamanya dalam kategori minuman beralkohol/ minuman kordial/ gula-gula/ buah dan kopi/ pencuci mulut/ kacang/ teh. Penemuan ini menunjukkan keperluan untuk mewujudkan kawal selia yang lebih ketat serta langkah kawalan kualiti dalam industri vape di Malaysia bagi mengurangkan risiko kesihatan awam. Kajian ini menyediakan data penting kepada pembuat dasar untuk menyokong pelaksanaan sistem pemantauan dan intervensi peraturan berkaitan komposisi e-cecair, sekali gus memastikan amalan vape yang lebih selamat.
Notes: e-tesis
Pages: 91
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782052
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kaedah pepohon keputusan bagi bahan.pdf
  Restricted Access
Full-text1.26 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.