Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782052
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoor Hazfalinda Hamzah, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorKhairul Osman, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorFarah Natasha Mohd Aris (P113951)en_US
dc.date.accessioned2025-12-30T03:14:20Z-
dc.date.available2025-12-30T03:14:20Z-
dc.date.issued2025-05-24-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782052-
dc.description.abstractPenggunaan rokok elektronik (e-rokok/e-cigarette) kini menjadi satu fenomena yang meluas, terutamanya dalam kalangan lelaki dewasa, dan semakin popular dalam kalangan remaja serta kanak-kanak di Malaysia. Akses mudah dan penjualan cecair e-rokok (e-cecair) yang tidak dikawal menimbulkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan produk, piawaian keselamatan, dan risiko kesihatan yang berpotensi. Walaupun terdapat bukti yang semakin meningkat yang mengaitkan Kecederaan Paru-Paru Berkaitan Penggunaan Produk E-rokok atau Vaping (EVALI) dengan sebatian toksik dalam cecair e-rokok, kajian mengenai komposisi kimia e-cecair di Malaysia masih terhad. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti formulasi dan komposisi cecair e-rokok di Malaysia serta mengesan kehadiran bahan toksik dan bahan larangan. Sebanyak 200 sampel e-cecair telah dikumpul secara rawak dari gerai-gerai di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, dan dianalisis menggunakan Kromatografi Gas-Spektrometri Jisim (GC-MS). Sampel tersebut merangkumi pelbagai kategori perisa, termasuk buah-buahan, gula-gula, alkohol, minuman, pencuci mulut, kopi, teh, kekacang, mentol, pudina, rempah ratus, dan tembakau. Analisis mendapati kehadiran pelbagai sebatian seperti 5- hidroksimetilfurfural, benzaldehid, sinamaldehid, etil maltol, etil vanilin, eugenol, furfural, mentol, pulegon, vanilin dan nikotin. Sebahagian daripada bahan ini diketahui mempunyai sifat sitotoksik, menyebabkan kerengsaan saluran pernafasan, atau berisiko karsinogenik. Analisis lanjut menggunakan Analisis Pepohon Keputusan (Decision Tree Analysis/DTA) menunjukkan bahawa sebatian toksik iaitu etil vanilin merupakan pemboleh ubah yang signifikan dalam e-cecair berperisa terutamanya dalam kategori minuman beralkohol/ minuman kordial/ gula-gula/ buah dan kopi/ pencuci mulut/ kacang/ teh. Penemuan ini menunjukkan keperluan untuk mewujudkan kawal selia yang lebih ketat serta langkah kawalan kualiti dalam industri vape di Malaysia bagi mengurangkan risiko kesihatan awam. Kajian ini menyediakan data penting kepada pembuat dasar untuk menyokong pelaksanaan sistem pemantauan dan intervensi peraturan berkaitan komposisi e-cecair, sekali gus memastikan amalan vape yang lebih selamat.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectVapingen_US
dc.subjectElectronic Nicotine Delivery Systemsen_US
dc.subjectChromatography, Gasen_US
dc.subjectMass Spectrometryen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKaedah pepohon keputusan bagi bahan toksik dalam e-cecair yang dikesan menggunakan kromatografi gas spektrometri jisim (GC-MS)en_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages91en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Kesihatanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kaedah pepohon keputusan bagi bahan.pdf
  Restricted Access
Full-text1.26 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.