Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781547| Title: | Membangun dan memperkasakan kedudukan usahawan Melayu dalam sektor-sektor utama, merangkumi industri pembuatan, perdagangan, pertanian dan industri asas tani, hartanah dan pembinaan |
| Authors: | Wan Mohd Albakri Wan Mohd Noor |
| Conference Name: | Musyawarah Perdana Ekonomi “Dasar Baru Ekonomi (DBE) Dalam Era Globalisasi" |
| Keywords: | Jurang pendapatan antara kaum Ketidaksamarataan ekonomi Pembangunan sosioekonomi Melayu Dasar Ekonomi Baru (DEB) |
| Conference Date: | 2005-07-14 |
| Conference Location: | Hotel Prince & Residense, Kuala Lumpur |
| Abstract: | Ekonomi bangsa Melayu kini berada di dalam keadaan yang rapuh - satu paradoks dan ironi setelah 48 tahun negara mencapai kemerdekaan (pada tahun 1957), dan 35 tahun falsafah dan prinsip Dasar Ekonomi Baru (dan Dasar-Dasar seterusnya yang menunjangi falsafah dan prinsip tersebut) melandasi arus perdana ekonomi negara. Kerapuhan ini memungkinkan ia terpinggir langsung dari arus perdana ekonomi negara apabila negara mencapai status negara maju pada tahun 2020 - sepertimana ia terpinggir sebelum tahun 1970. Kerapuhan ekonomi bangsa Melayu jelas tercermin dari dimensi berikut, di antara dimensi-dimensi lain: Pendapatannya yang rendah; Pegangan ekuitinya yang kecil; Saiz yang kecil dan kualiti yang rendah kelompok Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB); Bilangan ahli profesionalnya yang kurang; dan Penghakisan hak milik tanah Melayu. Purata pendapatan sebulan isirumah Melayu masih lagi rendah jika dibandingkan dengan purata pendapatan sebulan isirumah Cina dan India (lihat Jadual 1). Pada tahun 2002, purata pendapatan sebulan isirumah kaum Cina adalah 1.8 kali ganda dari purata pendapatan sebulan isirumah Melayu. Sementara itu, purata pendapatan isirumah India pula adalah 1.3 kali ganda darinya. Sekiranya tiada langkah drastik untuk merapatkan jurang pendapatan antara kaum, dijangkakan keadaan semakin buruk menjelang 2020 kesan peralihan daripada p-ekonomi kepada k-ekonomi. |
| Pages: | 1-29 |
| Call Number: | HC445.5.M87 2005 sem |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781547 |
| Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.