Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781286| Title: | Perbandaran dan kebimbangan terhadap pelakuan jenayah di Pulau Pinang: satu tinjauan awal |
| Authors: | Nor Ina Kanyo Norizan Hj. Md Nor Ruslan Rainis |
| Conference Name: | International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH |
| Keywords: | Pelakuan jenayah Keselamatan komuniti Faktor sosiodemografi |
| Conference Date: | 2009-12-02 |
| Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor |
| Abstract: | Pelakuan jenayah dilaporkan meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Peningkatan masalah ini telah membimbangkan semua pihak. Walaupun pelbagai kemajuan dikecapi kesan daripada kemajuan pesat pembangunan, namun untuk mencapai kepuasan hidup dalam persekitaran yang selamat dan tidak membimbangkan masih dipersoalkan. Hal ini kerana, peningkatan masalah jenayah adalah dipengaruhi oleh banyak factor yang meliputi elemen ruangan dan bukan ruangan sehingga ianya membimbangkan serta membelenggu kehidupan masyarakat Bandar. Dalam hal ini, beberapa persoalan timbul iaitu sejauh manakah pelakuan jenayah mempengaruhi tahap kebimbangan masyarakat Bandar? Apakah ciri pelakuan jenayah yang membimbangkan penduduk Bandar?. Justeru itu, bagi meneliti situasi ini secara lebih terperinci, kajian daripada ahli akademik yang meliputi pelbagai disiplin ini adalah perlu bagi membantu mengenalpasti serta merungkai persoalan-persoalan di atas. Kertas kerja ini mengetengahkan kajian kebimbangan pelakuan jenayah di Pulau Pinang dari pendekatan geografi. Bagi memudahkan perbincangan, kebimbangan terhadap pelakuan jenayah dan hubungkaitnya dengan elemen demografi cuba diketengahkan disamping menjelaskan beberapa ciri-ciri jenayah yang menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat kawasan kajian. |
| Pages: | 140 |
| Call Number: | H53.M4I555 2009 n.1 sem |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781286 |
| Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.