Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781285
Title: Institusi keagamaan berasaskan gender: kajian kes ke atas komuniti Sikh di Gurdwara Kuala Lumpur
Authors: Charanjit Kaur
Sarjit S. Gill
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Komuniti Sikh
Peranan sosial dan keagamaan
Kesamarataan gender
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Institusi keagamaan Sikh yang dikenali sebagai Gurdwara mempunyai peranan yang amat penting dalam kehidupan setiap Sikh. Gudwara kerapkali disinonimkan sebagai 'nadi' kepada orang Sikh kerana kitaran kehidupan mereka yang bermula dari hari kelahiran, alam remaja serta belia sehinggalah ke zaman tua dan kematian terikat rapat dengan institusi Gurdwara. Ini kerana gurdwar bukan sahaja merupakan pusat keagamaan bagi penganut agama Sikh untuk berkumpul dan menjalankan tugas-tugas keagamaan mereka tetapi juga berfungsi untuk memastikan segala elemen-elemen yang berkaitan dengan agama Sikh terpelihara serta dipraktokkan sepenuhnya oleh penganut Sikh. Salah satu peranan utamanya adalah dalam pembentukan identity gender lelaki dan perempuan Sikh. Justeru, artikel ini ingin meninjau bagaimana identity gender dibentuk dan dikonstrak secara social di gurdward. Secara ringkasnya falsafah agama Sikh menekankan aspek kesamaan gender dalam semua aspek kehidupan termasuk kesamarataan penglibatan di dalam aktiviti-aktiviti keagamaan serta kemasyarakatan yang dijalankan di gurdwara. Ini dapat dilihat melalui institusi sangat-pangat yang dipopularkan oleh Guru-guru Sikh pada masa yang lampau. Melalui kedua-dua institusi ini, diperhatikan bahawa lelaki dan wanita Sikh masing-masing mempelajari rol gender mereka dari institusi gurdwara. Pengkaji melihat bahawa di dalam banyak upacara keagamaan dan kemasyarakatan, lelaki dan wanita Sikh bersama-sama berganding bahu dan menunaikan tanggungjawab mereka. Hal ini menunjukkan bahawa mereka memahami konsep kesamaan gender dengan baik. Sungguhpun demikian, dalam keadaan tertentu terdapat perbezaan minimal mengenai peranan dan tahap komitmen yang ditunjukkan oleh lelaki dan wanita Sikh. Dapatan kajian ini diperoleh melalui kajian lapangan di beberapa buah gurdwara di Kuala Lumpur serta teknik temubual dengan beberapa orang lelaki dan wanita Sikh yang terlibat di dalam aktiviti-aktiviti harian, keagamaan dan kemasyarakatan yang dijalankan di gurdwara.
Pages: 139-140
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781285
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.