Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781238
Title: Pertanian dan perikanan
Authors: Agoes Salim
Conference Name: Kongres Ekonomi Bumiputera
Keywords: Pertanian
Perikanan
Conference Date: 1980-05-30
Conference Location: Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur
Abstract: Sektor pertanian di negara kita mempunyai peranan yang penting oleh kerana ianya, (i) menyumbangkan bayaran ekspot untuk pembangunan ekonomi, (ii) mengeluarkan bahan-bahan makanan untuk penduduk kita yang kian berkembang, dan (iii) menyediakan pekerjaan-pekerjaan bagi sebahagian besar penduduk luar bandar. Mengikut perangkaan yang terbaharu, sektor pertanian menyediakan pekerjaan kepada hampir-hampir setengah kepada jumlah penduduk-penduduk yang bekerja, mengeluarkan kira-kira 30% daripada keluaran dalam negara kasar, dan menghasilkan kira-kira 60% daripada bayaran tukaran luar negeri. 2. Getah, kelapa sawit, padi dan kelapa adalah merupakan tanaman- tanaman utama, dan jenis-jenis tanaman ini meliputi lebih daripada 90% daripada keluasan kawasan pertanian di negara ini. Ekspot pertanian kita yang utama pada masa ini ialah getah, kelapa sawit, balak serta kayu-kayu yang telah digergaji. Sebarang perubahan harga ke atas barang- barang ekspot ini, terutama sekali getah dan kelapa sawit memberikan kesan yang tinggi ke atas pendapatan dalam sektor pertanian. Berbagai usaha sedang dijalankan untuk mempelbagaikan jenis tanaman bagi ekspot untuk mengurangkan keadaan terlalu bergantung kepada getah dan kelapa savit dan juga untuk memberi peluang-peluang pekerjaan kepada pekebun- pekebun kecil kita. Tanaman-tanaman baru seperti koko mempunyai potensi yang baik sebagai bahan ekspot utama kita. 3. Sektor pertanian dalam negara kita ini adalah terbahagi kepada bahagian estet dan pekebun kecil. Sebilangan besar pekebun-pekebun kecil kita adalah terdiri daripada bumiputra. Adalah dianggarkan bahawa dalam tahun 1975 terdapat kira-kira seramai 786,000 orang pekebun-pekebun kecil di Semenanjung Malaysia. Hampir-hampir 82% daripada kebun-kebun kecil dikendalikan oleh bumiputra (445,443 ekar), 15% oleh orang-orang Cina (53,738 ekar), dan 2% oleh orang-orang India, dan bakinya oleh lain-lain bangsa.
Pages: 1-40
Call Number: HC445.5.K6 1980 katsem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781238
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.