Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781233
Title: Kewangan dan pelaburan
Authors: Azman Hasim
Conference Name: Kongres Ekonomi Bumiputera
Keywords: Dasar Ekonomi Baru
Pelaburan
Kewangan
Conference Date: 1980-05-30
Conference Location: Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur
Abstract: Kertaskerja ini akan menganalisa aspek pelaburan dan kewangan Bumiputra dalam kontek pencapaian Dasar Ekonomi Baru menjelang tahun 1990. Penekanan akan diberikan kepada strategi yang difikirkan berkesan bagi mempastikan pencapaian matlamat tersebut. PELABURAN disini diertikan sebagai pelaburan saham/penyertaan ekuiti didalam syarikat-syarikat berhad (limited companies). Jadi ini tidak termasuk pelaburan dalam syarikat perkongsian dan syarikat perseorangan (sole proprietorship). Walaupun Pelaburan pada amnya membawa erti yang lebih luas iaitu meliputi pelaburan dalam harta tanah, bangunan dan sebagai nya tetapi disini tumpuan utama diberikan kepada pelaburan saham dalam syarikat-syarikat berhad disebabkan:- (a) kesukaran mendapatkan data-data mengenai hakmilik harta tanah/bangunan (b) syarikat-syarikat berhad dianggarkan mengawal sebahagian besar dari harta modal dan nilai tambahan sektor pembuatan (manufacturing) (c) syarikat-syarikat berhad ini juga mengawal beberapa jenis harta seperti ladang-ladang, perlombongan, tanah-tanah perumahan dan bangunan di negara ini. Lampiran I membentangkan luas tanah ladang yang dimiliki oleh beberapa syarikat yang besar. Jadi dengan memiliki saham syarikat- syarikat tersebut bererti secara tidak langsung kita mempunyai hak milik keatas harta-harta tersebut.
Pages: 1-31
Call Number: HC445.5.K6 1980 katsem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781233
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.