Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781215| Title: | Pembandaran di pinggir wilayah metropolitan lanjutan: beberapa implikasi terhadap corak kejiranan |
| Authors: | Katiman Rostam Er Ah Choy Zaini Sakawi Abdul Rahim Mohd Nor Aishah@Esah Hj Muhammad |
| Conference Name: | International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH |
| Keywords: | Kejiranan pinggir bandar Kualiti hidup Pembangunan fizikal Transformasi luar bandar |
| Conference Date: | 2009-12-02 |
| Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor |
| Abstract: | Kegiatan ekonomi di kebanyakan negara membangun kini yang bertumpu di sekitar wilayah metropolitan telah mempengaruhi petempatan dan kejiranan di kawasan pinggirannya. Di Malaysia, proses perubahan ini dapat diperhatikan di Lembah Klang-Langat yang dalam makalah ini dikenali sebagai Wilayah Metropolitan Lanjutan (WML). Rebakan bandar dan peluasan zon tepu bina melampaui sempadan pentadbiran bandar telah menyebabkan banyak petempatan luar bandar di zon pinggir wilayah metropolitan tersebut bertukar menjadi taman perumahan dan pusat komersial selain kawasan perindustrian. Perkembangan ini mempengaruhi ciri dan kualiti kejiranan desa-bandar yang terletak di zon luar WML tersebut. Kajian ini bertujuan menaganalisis proses rebakan bandar dan kesannya terhadap ciri dan kualiti kejiranan di zon tersebut. Menggunakan data kaji selidik dan cerapan di lapangan, analisis kajian ini mendapati bahawa kejiranan luar bandar khususnya yang terletak di daerah Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor sedang mengalami taransformasi yang cukup pesat khususnya dari segi ciri persekitaran fizikal termasuk persekitaran dan kualiti rumah kediaman, serta tahap kesejahteraan seperti boleh diukur berdasarkan kesampaian isi rumah kepada perkhidmatan asas dan keselamatan. Perkembangan ini menunjukkan bahawa, di sebalik pembandaran dan pemodenan yang pesat, kejiranan di zon pinggir WML Lembah Klang-Langat tidak terlepas daripada pelbagai gejala sosial yang lazimnya hanya melanda kawasan dalam bandar. Ancaman keselamatan timbul akibat meningkatnya pengangguran, ketagihan dadah dan insiden jenayah, khususnya jenayah kecurian, pecah rumah dan rompakan di kawasan kediaman. Gangguan ini menimbulkan keresahan dan menjejaskan tahap kesejahteraan penghuni kawasan tersebut. Suatu garis panduan diperlukan bagi mengawal gejala sosial tersebut daripada terus menular di kejiranan tersebut. |
| Pages: | 130 |
| Call Number: | H53.M4I555 2009 n.1 sem |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781215 |
| Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.