Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781215
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorKatiman Rostam-
dc.contributor.authorEr Ah Choy-
dc.contributor.authorZaini Sakawi-
dc.contributor.authorAbdul Rahim Mohd Nor-
dc.contributor.authorAishah@Esah Hj Muhammad-
dc.date.accessioned2025-11-05T08:28:18Z-
dc.date.available2025-11-05T08:28:18Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781215-
dc.description.abstractKegiatan ekonomi di kebanyakan negara membangun kini yang bertumpu di sekitar wilayah metropolitan telah mempengaruhi petempatan dan kejiranan di kawasan pinggirannya. Di Malaysia, proses perubahan ini dapat diperhatikan di Lembah Klang-Langat yang dalam makalah ini dikenali sebagai Wilayah Metropolitan Lanjutan (WML). Rebakan bandar dan peluasan zon tepu bina melampaui sempadan pentadbiran bandar telah menyebabkan banyak petempatan luar bandar di zon pinggir wilayah metropolitan tersebut bertukar menjadi taman perumahan dan pusat komersial selain kawasan perindustrian. Perkembangan ini mempengaruhi ciri dan kualiti kejiranan desa-bandar yang terletak di zon luar WML tersebut. Kajian ini bertujuan menaganalisis proses rebakan bandar dan kesannya terhadap ciri dan kualiti kejiranan di zon tersebut. Menggunakan data kaji selidik dan cerapan di lapangan, analisis kajian ini mendapati bahawa kejiranan luar bandar khususnya yang terletak di daerah Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor sedang mengalami taransformasi yang cukup pesat khususnya dari segi ciri persekitaran fizikal termasuk persekitaran dan kualiti rumah kediaman, serta tahap kesejahteraan seperti boleh diukur berdasarkan kesampaian isi rumah kepada perkhidmatan asas dan keselamatan. Perkembangan ini menunjukkan bahawa, di sebalik pembandaran dan pemodenan yang pesat, kejiranan di zon pinggir WML Lembah Klang-Langat tidak terlepas daripada pelbagai gejala sosial yang lazimnya hanya melanda kawasan dalam bandar. Ancaman keselamatan timbul akibat meningkatnya pengangguran, ketagihan dadah dan insiden jenayah, khususnya jenayah kecurian, pecah rumah dan rompakan di kawasan kediaman. Gangguan ini menimbulkan keresahan dan menjejaskan tahap kesejahteraan penghuni kawasan tersebut. Suatu garis panduan diperlukan bagi mengawal gejala sosial tersebut daripada terus menular di kejiranan tersebut.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.subjectKejiranan pinggir bandaren_US
dc.subjectKualiti hidupen_US
dc.subjectPembangunan fizikalen_US
dc.subjectTransformasi luar bandaren_US
dc.titlePembandaran di pinggir wilayah metropolitan lanjutan: beberapa implikasi terhadap corak kejirananen_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages130en_US
dc.identifier.callnoH53.M4I555 2009 n.1 semen_US
dc.contributor.conferencenameInternational Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor-
dc.date.conferencedate2009-12-02-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.