Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781193| Title: | Pengurusan konflik dalam pelancongan: pengalaman Malaysia |
| Authors: | Mohd Sayuti Hassan Habibah Ahmad Yahaya Ibrahim |
| Conference Name: | International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH |
| Keywords: | Pengurusan pelancongan Krisis dan bencana global Kemelesetan ekonomi Pembangunan mampan |
| Conference Date: | 2009-12-02 |
| Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor |
| Abstract: | Di Malaysia, sektor pelancongan telah lama menyumbang kepada pembangunan nasional terutama dalam menjana sumber pendapatan asing, peluang pekerjaan dan pembangunan infrastruktur serta perkhidmatan pelancongan. Sebagai suatu industri berasaskan perkhidmatan, tidak dinafikan sebarang bencana dan konflik yang melanda dunia, akan memberikan dampak kepada pengusaha sektor ini dan juga para pelancong yang ingin melakukan pergerakan secara domestik mahupun antarabangsa. Walau bagaimanapun, senario konflik dalam pelancongan yang disebabkan pelbagai punca ini, ditangani dengan pelbagai pendekatan. Malah, dalam beberapa dekad ini, sektor pelancongan tidak terkecuali daripada berhadapan dengan serangan wabak JE, selesma burung dan yang terkini virus H1N1. Ini ditambah oleh kemelesetan ekonomi global yang mengubah trend pergerakan pelancongan. Pelbagai ancaman ini juga tidak terkecuali menimbulkan konflik dalam pelancongan, yang tentunya memerlukan pelbagai pendekatan korektif yang bertepatan. Pun begitu, bagaimana pihak berkepentingan - terutama kerajaan dan pemain utama sektor ini menangai konflik dalam pelancongan ini amat kurang dibincangkan. Menyedari banyak lagi konflik dalam pelancongan bakal dihadapi oleh negara ini, kertas kerja ini dikemukakan bagi menyediakan satu senario bagaimana kerajaan dan industrialist pelancongan mengatasinya. Kertas ini juga cuba mengemukakan pengkelasan pengurusan konflik dalam pelancongan sebagai satu inisiatif ke arah pengurusan pelancongan yang efisien dan mampan. |
| Pages: | 123 |
| Call Number: | H53.M4I555 2009 n.1 sem |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781193 |
| Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.