Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780951
Title: Islam dan masyarakat berbilang kaum
Authors: Razali Nawawi
Editors: Baharuddin Yatim
Sulaiman Noordin
Conference Name: Konsep Pembangunan dan Kenegaraan Malaysia
Keywords: Masyarakat majmuk
Islam dan integrasi sosial
Hukum Islam dan keadilan sosial
Conference Date: 1992
Conference Location: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Ahli-ahli sains sosial mentakrifkan masyarakat majmuk sebagai "masyarakat berbilang bangsa, bahasa, kebudayaan atau agama". Ahli sains sosial yang terpengaruh dengan ideologi Maxist menghuraikan bahawa masyarakat majmuk ialah masyarakat berbilang kelas. Biar apa pun takrif dan analisa tentang masyarakat majmuk ia menepati masyarakat yang wujud sewaktu Islam mula terbit di Makkah dan kemudian membentuk negara di Madinah. Masyarakat Hijaz waktu itu terdiri dari berbagai kaum, bangsa, agama atau tiada agama, budaya, bahasa dan kelas; wujud tuan dan hamba; wujud Muslim, Yahudi, Kristian, Musyrik dan Munafiq. Tetapi Islam tetap boleh diterima oleh semua dan kemudian menjadi masyarakat yang padu. Mengikut Prof. Watt bahawa "proses integrasi sosial yang telah dilakukan melalui Islam di Semenanjung Arab itu adalah suatu yang luar biasa". Ini kerana hukum-hukum Islam berpunca dan berdasarkan kepada keadilan tabie (natural justice). Mereka dapat menikmati keadilan hukum Islam apabila ia terlaksana seluruhnya. Masyarakat majmuk adalah suatu gejala tabi'e dan ia adalah ciptaan Allah: "... Sekiranya Allah yang kehendaki nescaya kamu dijadikanNya satu umat ...." (al-Maidah/5:48). Allah sedar bahawa hukum-hukum Islam akan dilaksanakan di kalangan hamba-hambaNya yang Muslim dan bukan Muslim.
ISBN: 983996612x
Pages: 115-121
Call Number: HC445.5.K6 1992 n.2 kat
Publisher: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780951
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.