Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780613
Title: Literasi kewangan sebagai pengantara hubungan pendidikan kewangan dan sosialisasi kewangan dengan kesejahteraan kewangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru
Authors: Nik Noralhuda Nik Mohamed (P90030)
Supervisor: Sheerad Sahid, Prof. Madya Dr.
Mohd Izwan Mahmud, Prof. Madya Dr.
Norzaini Azman, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Teachers -- Economic conditions
Financial security
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Feb-2025
Abstract: Kesejahteraan kewangan rakyat merupakan agenda utama berdasarkan strategi literasi kewangan kebangsaan (2019 - 2023). Sementara itu, pendidikan kewangan merupakan platform bagi meningkatkan literasi kewangan untuk mencapai kesejahteraan kewangan tersebut. Walaupun pendidikan kewangan telah dilaksanakan, namun isu kebankrapan masih menjadi isu utama negara terutama dalam kalangan belia. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan menguji peranan literasi kewangan sebagai pengantara hubungan pendidikan kewangan dan sosialisasi kewangan dengan kesejahteraan kewangan dalam kalangan belia guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah korelasional melalui soal selidik secara dalam talian yang dianalisis menggunakan kaedah pemodelan persamaan berstruktur (SEM). Responden kajian terdiri daripada 339 orang guru pelatih IPG semester lapan berdasarkan jumlah populasi seramai 1855 orang. Kaedah pensampelan rawak sistematik telah digunakan melalui aplikasi hamparan elektronik bagi melengkapkan variasi responden dengan lebih baik dan mengurangkan kemungkinan ketidakseimbangan sampel. Instrumen kajian telah melalui proses pengesahan secara kajian rintis dan pengesahan dapatan kajian telah dilakukan menggunakan ujian unidimensionaliti Analisis Penerokaan Faktor (EFA) dan Analisis Pengesahan Faktor (CFA) diikuti ujian struktur model SEM. Dapatan kajian menunjukkan pengantara literasi kewangan mengantara hubungan pendidikan kewangan dengan kesejahteraan kewangan dalam bentuk pengantara separa. Sementara itu, pengantara literasi kewangan mengantara hubungan sosialisasi kewangan dengan kesejahteraan kewangan dalam bentuk pengantara penuh. Kajian ini memberi implikasi kepada Teori Jangkaan Nilai (EVT) di mana melalui dapatan kajian, nilai varian sebanyak 57% disumbangkan kepada kesejaheraan kewangan. Oleh itu, kajian ini dapat memberikan sumbangan secara teoretikal dan praktikal dalam usaha meningkatkan kesejahteraan kewangan belia dalam kalangan guru pelatih di IPG berdasarkan model kesejahteraan kewangan yang telah disediakan. Diharapkan model kesejahteraan kewangan ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak berkepentingan dalam menyediakan pendidikan kewangan dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan belia. Selain itu, model ini juga diharapkan membantu mengatasi cabaran yang dihadapi belia bagi menangani isu kebankrapan di Malaysia.
Pages: 337
Call Number: LB2842.22.N385 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780613
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.