Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780613
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSheerad Sahid, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Izwan Mahmud, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorNorzaini Azman, Prof. Dato' Dr.en_US
dc.contributor.authorNik Noralhuda Nik Mohamed (P90030)en_US
dc.date.accessioned2025-09-25T06:03:53Z-
dc.date.available2025-09-25T06:03:53Z-
dc.date.issued2025-02-28-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780613-
dc.description.abstractKesejahteraan kewangan rakyat merupakan agenda utama berdasarkan strategi literasi kewangan kebangsaan (2019 - 2023). Sementara itu, pendidikan kewangan merupakan platform bagi meningkatkan literasi kewangan untuk mencapai kesejahteraan kewangan tersebut. Walaupun pendidikan kewangan telah dilaksanakan, namun isu kebankrapan masih menjadi isu utama negara terutama dalam kalangan belia. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan menguji peranan literasi kewangan sebagai pengantara hubungan pendidikan kewangan dan sosialisasi kewangan dengan kesejahteraan kewangan dalam kalangan belia guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah korelasional melalui soal selidik secara dalam talian yang dianalisis menggunakan kaedah pemodelan persamaan berstruktur (SEM). Responden kajian terdiri daripada 339 orang guru pelatih IPG semester lapan berdasarkan jumlah populasi seramai 1855 orang. Kaedah pensampelan rawak sistematik telah digunakan melalui aplikasi hamparan elektronik bagi melengkapkan variasi responden dengan lebih baik dan mengurangkan kemungkinan ketidakseimbangan sampel. Instrumen kajian telah melalui proses pengesahan secara kajian rintis dan pengesahan dapatan kajian telah dilakukan menggunakan ujian unidimensionaliti Analisis Penerokaan Faktor (EFA) dan Analisis Pengesahan Faktor (CFA) diikuti ujian struktur model SEM. Dapatan kajian menunjukkan pengantara literasi kewangan mengantara hubungan pendidikan kewangan dengan kesejahteraan kewangan dalam bentuk pengantara separa. Sementara itu, pengantara literasi kewangan mengantara hubungan sosialisasi kewangan dengan kesejahteraan kewangan dalam bentuk pengantara penuh. Kajian ini memberi implikasi kepada Teori Jangkaan Nilai (EVT) di mana melalui dapatan kajian, nilai varian sebanyak 57% disumbangkan kepada kesejaheraan kewangan. Oleh itu, kajian ini dapat memberikan sumbangan secara teoretikal dan praktikal dalam usaha meningkatkan kesejahteraan kewangan belia dalam kalangan guru pelatih di IPG berdasarkan model kesejahteraan kewangan yang telah disediakan. Diharapkan model kesejahteraan kewangan ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak berkepentingan dalam menyediakan pendidikan kewangan dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan belia. Selain itu, model ini juga diharapkan membantu mengatasi cabaran yang dihadapi belia bagi menangani isu kebankrapan di Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectTeachers -- Economic conditionsen_US
dc.subjectFinancial securityen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleLiterasi kewangan sebagai pengantara hubungan pendidikan kewangan dan sosialisasi kewangan dengan kesejahteraan kewangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guruen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages337en_US
dc.identifier.callnoLB2842.22.N385 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007681en_US
dc.format.degreePhDen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.