Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780593| Title: | Kajian impak kewujudan UiTM Negeri Sembilan terhadap sektor perniagaan/industri di daerah Kuala Pilah |
| Authors: | Nurulhuda Ismail Ruhaida Rusmin Sheikh Ahmad Izaddin Sheikh Mohd Ghazali Rasidah Buang Rosli Noormi Nur Jannah Azman Khairul Anwar Rasmani Norwati Roslim |
| Conference Name: | International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH |
| Keywords: | Impak ekonomi Perniagaan kecil dan sederhana (PKS) Pembangunan setempat |
| Conference Date: | 2009-12-02 |
| Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor |
| Abstract: | UiTM Negeri Sembilan dan Pusat Perancangan Strategik (PPS) UiTM Malaysia menjalankan satu kajian impak mengkaji kesan kewujudan UiTM terhadap masyarakat peniaga di daerah Kuala Pilah. Walaupun UiTM Negeri Sembilan mula beroperasi di Kuala Pilah sejak tahun 1999, namun kajian ini diharap akan dapat memberi gambaran kasar terutama untuk faktor perkembangan ekonomi masyarakat di sini. Objektif kajian adalah untuk mendapatkan Kajian ini meliputi jumlah perniagaan yang terdapat dalam lingkungan 5 kilometer radius dari UiTM. Sebanyak 418 responden yang terdiri dari pelbagai jenis perniagaan telah dipilih secara kaedah banci. Perniagaan di sini majoritinya dimiliki oleh kaum bumiputera (56%). Kebanyakan perniagaan adalah secara kecil-kecilan (88%) berbanding perniagaan jenis sederhana (12%). Produk makanan (44%) menjadi pilihan berbanding perkhidmatan (19%) dan pakaian/kasut (10%). Responden (48%) menganggarkan pendapatan tahunan sekitar RM10001 hingga RM50000. Jumlah perniagaan pada tahun 2000 ke 2005 sebanyak 50% berbanding tahun-tahun sebelumnya. Seramai 75% responden bersetuju bahawa UiTM dan warganya menyumbang kepada perniagaan yang diusahakan. Hasil kajian menunjukkan kewujudan UiTM Negeri Sembilan sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada ekonomi perniagaan setempat dan semoga maklumat yang diperolehi dapat digunakan untuk memperkasakan sumbangan UiTM kepada peniaga bumiputera. |
| Pages: | 93-94 |
| Call Number: | H53.M4I555 2009 n.1 sem |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780593 |
| Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.