Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780467
Title: Hubungan amalan pengurusan risiko dan amalan pendigitalan pengurusan peperiksaan dalam kalangan pegawai sebagai pemimpin pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
Authors: Izyan Izzaty Salikan (P107212)
Supervisor: Aida Hanim A. Hamid, Dr.
Keywords: Educational leadership
School management and organization
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Apr-2025
Abstract: Pendigitalan pengurusan peperiksaan merupakan elemen penting dalam sistem pentaksiran pendidikan yang berkembang seiring dengan kemajuan teknologi. Kebergantungan kepada sistem digital menuntut amalan pengurusan risiko yang kukuh bagi memastikan kesiapsiagaan semua pihak, khususnya pemimpin pendidikan yang memainkan peranan utama dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap amalan pengurusan risiko dan amalan pendigitalan pengurusan peperiksaan dalam kalangan pemimpin pendidikan serta menentukan hubungan antara amalan pengurusan risiko dan pendigitalan pengurusan peperiksaan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik atas talian, melibatkan 200 responden dari beberapa bahagian terpilih dalam KPM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan pelaksanaan amalan pengurusan risiko dalam kalangan pemimpin pendidikan terhadap pendigitalan pengurusan peperiksaan berada pada tahap tinggi. Selain itu, analisis mendapati hubungan yang signifikan antara amalan pengurusan risiko dan pendigitalan pengurusan peperiksaan, menandakan bahawa pengurusan risiko yang sistematik menyumbang kepada keberkesanan pelaksanaan pendigitalan pengurusan peperiksaan. Hasil kajian ini memberi implikasi penting dalam kepimpinan pendidikan, terutamanya dalam penyediaan strategi mitigasi risiko bagi menangani cabaran pentadbiran pendigitalan pengurusan peperiksaan. Namun, kajian ini mempunyai keterbatasan seperti kekangan masa dalam mendapatkan maklum balas serta tumpuan kepada tahap amalan pengurusan risiko tanpa menilai kesediaan pemimpin pendidikan dalam mengadaptasi sistem digital. Pihak pengurusan juga disarankan untuk menganjurkan program latihan bagi memperkasa kemahiran pemimpin pendidikan dalam mengurus sistem pengurusan peperiksaan secara digital dengan lebih berkesan.
Pages: 152
Call Number: LB2806.I999 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780467
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.