Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780467
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAida Hanim A. Hamid, Dr.en_US
dc.contributor.authorIzyan Izzaty Salikan (P107212)en_US
dc.date.accessioned2025-09-11T07:27:26Z-
dc.date.available2025-09-11T07:27:26Z-
dc.date.issued2025-04-04-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780467-
dc.description.abstractPendigitalan pengurusan peperiksaan merupakan elemen penting dalam sistem pentaksiran pendidikan yang berkembang seiring dengan kemajuan teknologi. Kebergantungan kepada sistem digital menuntut amalan pengurusan risiko yang kukuh bagi memastikan kesiapsiagaan semua pihak, khususnya pemimpin pendidikan yang memainkan peranan utama dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap amalan pengurusan risiko dan amalan pendigitalan pengurusan peperiksaan dalam kalangan pemimpin pendidikan serta menentukan hubungan antara amalan pengurusan risiko dan pendigitalan pengurusan peperiksaan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik atas talian, melibatkan 200 responden dari beberapa bahagian terpilih dalam KPM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan pelaksanaan amalan pengurusan risiko dalam kalangan pemimpin pendidikan terhadap pendigitalan pengurusan peperiksaan berada pada tahap tinggi. Selain itu, analisis mendapati hubungan yang signifikan antara amalan pengurusan risiko dan pendigitalan pengurusan peperiksaan, menandakan bahawa pengurusan risiko yang sistematik menyumbang kepada keberkesanan pelaksanaan pendigitalan pengurusan peperiksaan. Hasil kajian ini memberi implikasi penting dalam kepimpinan pendidikan, terutamanya dalam penyediaan strategi mitigasi risiko bagi menangani cabaran pentadbiran pendigitalan pengurusan peperiksaan. Namun, kajian ini mempunyai keterbatasan seperti kekangan masa dalam mendapatkan maklum balas serta tumpuan kepada tahap amalan pengurusan risiko tanpa menilai kesediaan pemimpin pendidikan dalam mengadaptasi sistem digital. Pihak pengurusan juga disarankan untuk menganjurkan program latihan bagi memperkasa kemahiran pemimpin pendidikan dalam mengurus sistem pengurusan peperiksaan secara digital dengan lebih berkesan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectEducational leadershipen_US
dc.subjectSchool management and organizationen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleHubungan amalan pengurusan risiko dan amalan pendigitalan pengurusan peperiksaan dalam kalangan pegawai sebagai pemimpin pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages152en_US
dc.identifier.callnoLB2806.I999 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007678en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.