Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780173
Title: Pelaporan dan internet: satu kajian terhadap kepentingan item pelaporan kewangan
Authors: Mohd Noor Azli Ali Khan
Noor Azizi Ismail
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Internet korporat
Pelaporan kewangan berasaskan internet (PKMI)
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Penggunaan Internet dalam menyalurkan maklumat kewangan oleh syarikat yang tersenarai di seluruh dunia merupakan satu fenomena semasa pada masa kini. Internet dan jaringan sejagat adalah satu medium semasa yang digunakan oleh dunia korporat bagi tujuan berkomunikasi dengan para pemegang saham, pelabur, bakal pelabur, pihak awam dan sebagainya. Oleh itu, kertas kerja ini melaporkan kajian berkaitan pandangan penyedia laporan tahunan korporat terhadap kepentingan item pelaporan kewangan menerusi internet (PKMI). Kajian ini merupakan dapatan terhadap kajian yang dilakukan untuk mengetahui kepentingan item bagi menentukan tahap PKMI oleh kalangan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Melalui kaedah soal selidik, kajian tinjauan yang dilakukan mendapat maklum balas daripada enam puluh lapan orang responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa di antara item pelaporan yang paling penting bagi dimensi kandungan ialah penyata pendapatan semasa, kunci kira-kira tahun semasa, penyata aliran tunai tahun semasa. Manakala, di antara item pelaporan yang penting bagi dimensi pembentangan ialah masa muat turun laman web syarikat yang kurang daripada 10 saat, laporan tahunan dalam format PDF, hiperpautan kepada analisis kewangan, dan hiperpautan ada di dalam laporan tahunan. Hasil kajian menyediakan input kepada pembuat dasar dan penggubal piawaian perakaunan untuk merangka peraturan terhadap pelaporan kewangan berasaskan internet dan seterusnya membuka peluang supaya lebih banyak penyelidikan dijalankan dalam bidang ini.
Pages: 78-79
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780173
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.