Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779956
Title: | Mekanisme neurotoksisiti methiopropamine (MPA) terhadap tingkah laku dan otak pada mencit |
Authors: | Mohd Khairulanwar Bunaim (P112632) |
Supervisor: | Norazrina binti Azmi, Prof. Madya. Dr. Nor Syafinaz Yaakob, Dr. Mohd Hanafi bin Ahmad Damanhuri, Prof. Madya. Dr. Yow Hui Yin, Dr. |
Keywords: | Central Nervous System Nervous System Diseases Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Jun-2025 |
Abstract: | Methiopropamine (MPA) ialah sebuah bahan psikoaktif baharu (NPS) yang bertindak sebagai perangsang sistem saraf pusat (SSP) dan analog kepada methamphetamine (METH). Penggunaan MPA secara rekreasi telah dikaitkan dengan gejala neurologikal seperti kemerosotan kognitif serta tingkah laku kemurungan dan keresahan, namun bukti saintifiknya masih terhad. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk menyiasat kesan MPA terhadap tingkah laku, fungsi otak, perubahan histologi, dan mekanisme neurotoksisiti yang terlibat. Sebanyak 80 ekor mencit Swiss Albino telah dibahagikan secara rawak kepada dua kelompok, dengan setiap kelompok mengandungi empat kumpulan rawatan (n=10 bagi setiap kumpulan): salina, MPA 1 mg/kg, MPA 3 mg/kg, dan METH 1 mg/kg, yang diberikan secara suntikan intraperitoneal selama tujuh hari. Ujian tingkah laku termasuk ujian pengecaman objek baharu (NORT), ujian renang paksa (FST), ujian lapangan terbuka (OFT), dan ujian 8-arm radial maze (8-ARM) telah dijalankan. Seterusnya, pengukuran neurotransmiter dilakukan menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi dengan pengesan elektrokimia (HPLC-ECD), ekspresi p-ERK1/2 menggunakan imunohistokimia, dan perubahan histologi menggunakan pewarnaan Nissl dan hematoksilin & eosin (H&E). Manakala, mikrotatasusunan serta reaksi berantai polimerase kuantitatif (qPCR) digunakan untuk menjalankan analisis gen. Dapatan menunjukkan MPA 3 mg/kg menjejaskan memori pengecaman dan memori spatial, serta menunjukkan kesan antiresah tanpa menyebabkan tingkah laku seakan kemurungan. Neurodegenerasi awal dan penurunan aktiviti dopaminergik serta ekspresi p-ERK1/2 di korteks prafrontal turut diperhatikan. Laluan gen berkaitan tekanan oksidatif dan neuroinflamasi didapati meningkat. Kajian ini memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai risiko neurotoksisiti MPA dan mengenal pasti mekanisme molekular yang terlibat. |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 251 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779956 |
Appears in Collections: | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Mekanisme neurotoksisiti methiopropamine (MPA) terhadap tingkah laku dan otak pada mencit.pdf Restricted Access | Full-text | 154.16 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.