Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779956
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorazrina binti Azmi, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNor Syafinaz Yaakob, Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Hanafi bin Ahmad Damanhuri, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.advisorYow Hui Yin, Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd Khairulanwar Bunaim (P112632)en_US
dc.date.accessioned2025-07-16T08:12:50Z-
dc.date.available2025-07-16T08:12:50Z-
dc.date.issued2025-06-03-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779956-
dc.description.abstractMethiopropamine (MPA) ialah sebuah bahan psikoaktif baharu (NPS) yang bertindak sebagai perangsang sistem saraf pusat (SSP) dan analog kepada methamphetamine (METH). Penggunaan MPA secara rekreasi telah dikaitkan dengan gejala neurologikal seperti kemerosotan kognitif serta tingkah laku kemurungan dan keresahan, namun bukti saintifiknya masih terhad. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk menyiasat kesan MPA terhadap tingkah laku, fungsi otak, perubahan histologi, dan mekanisme neurotoksisiti yang terlibat. Sebanyak 80 ekor mencit Swiss Albino telah dibahagikan secara rawak kepada dua kelompok, dengan setiap kelompok mengandungi empat kumpulan rawatan (n=10 bagi setiap kumpulan): salina, MPA 1 mg/kg, MPA 3 mg/kg, dan METH 1 mg/kg, yang diberikan secara suntikan intraperitoneal selama tujuh hari. Ujian tingkah laku termasuk ujian pengecaman objek baharu (NORT), ujian renang paksa (FST), ujian lapangan terbuka (OFT), dan ujian 8-arm radial maze (8-ARM) telah dijalankan. Seterusnya, pengukuran neurotransmiter dilakukan menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi dengan pengesan elektrokimia (HPLC-ECD), ekspresi p-ERK1/2 menggunakan imunohistokimia, dan perubahan histologi menggunakan pewarnaan Nissl dan hematoksilin & eosin (H&E). Manakala, mikrotatasusunan serta reaksi berantai polimerase kuantitatif (qPCR) digunakan untuk menjalankan analisis gen. Dapatan menunjukkan MPA 3 mg/kg menjejaskan memori pengecaman dan memori spatial, serta menunjukkan kesan antiresah tanpa menyebabkan tingkah laku seakan kemurungan. Neurodegenerasi awal dan penurunan aktiviti dopaminergik serta ekspresi p-ERK1/2 di korteks prafrontal turut diperhatikan. Laluan gen berkaitan tekanan oksidatif dan neuroinflamasi didapati meningkat. Kajian ini memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai risiko neurotoksisiti MPA dan mengenal pasti mekanisme molekular yang terlibat.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Pharmacy / Fakulti Farmasien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectCentral Nervous Systemen_US
dc.subjectNervous System Diseasesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleMekanisme neurotoksisiti methiopropamine (MPA) terhadap tingkah laku dan otak pada menciten_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages251en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Falsafahen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Mekanisme neurotoksisiti methiopropamine (MPA) terhadap tingkah laku dan otak pada mencit.pdf
  Restricted Access
Full-text154.16 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.