Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779834
Title: Kepercayaan pesakit dalam mempengaruhi pembaziran ubatan dan kebolehlaksanaan intervensi pendidikan
Authors: Shubathira Sooriamoorthy (P110192)
Supervisor: Adliah Mhd Ali, Dr.
Chong, Wei Wen, Dr.
Keywords: Medical Waste
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-May-2025
Abstract: Pembaziran ubat sering dikaitkan dengan faktor seperti kematian pesakit, ketidakpatuhan, peningkatan keadaan kesihatan, kesan buruk ubat, lupa mengambil ubat, ulat luput, dan kebimbangan terhadap kekurangan ubat. Walau bagaimanapun, data mengenai peranan kepercayaan pesakit terhadap ubat dalam menyumbang kepada pembaziran ubat masih terhad. Di Malaysia, di mana kerajaan menyediakan ubat bersubsidi di fasiliti kesihatan awam, pemahaman terhadap kepercayaan ini penting untuk menangani pembaziran ubat bersubsidi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepercayaan terhadap ubat dan amalan pembaziran ubat, meramalkan faktor penyumbang pembaziran, serta membangunkan dan menilai intervensi pendidikan. Projek pertama menggunakan soal selidik Beliefs about Medicines Questionnaire (BMQ) dan ReDiUM dalam kajian keratan rentas di enam fasiliti kesihatan kerajaan. Dengan kadar respons 75% (750 responden), dapatan menunjukkan BMQ Keperluan berkorelasi negatif, manakala BMQ Kebimbangan, Penggunaan Ubat Berlebihan, dan Kesan Merbahaya berkorelasi positif dengan pembaziran ubat. Regresi berganda mengenal pasti BMQ Kebimbangan, Penggunaan Ubat Berlebihan, dan Kesan Merbahaya sebagai peramal pembaziran ubat bersubsidi. Projek kedua melibatkan ulasan penskopan terhadap 21 kajian, mengenal pasti 9 intervensi, termasuk penggunaan ubat milik pesakit sendiri, rekonsilasi ubat, intervensi pendidikan, dan skim preskripsi ulangan. Intervensi pendidikan terbukti berkesan dalam mengurangkan pembaziran ubat dan meningkatkan kesedaran. Projek ketiga membangunkan intervensi pendidikan untuk pesakit berisiko tinggi, disahkan oleh 6 pakar dan 5 pesakit, dengan indeks kesahan kandungan masing-masing 0.83 dan 0.775. Kepercayaan terhadap ubat mempengaruhi pembaziran ubat bersubsidi secara signifikan. Intervensi yang dikendalikan oleh ahli farmasi, termasuk video pendidikan yang dibangunkan, berpotensi meningkatkan pengetahuan pesakit dan mengurangkan pembaziran ubat bersubsidi.
Notes: e-tesis
Pages: 139
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779834
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kepercayaan pesakit dalam mempengaruhi pembaziran ubatan dan kebolehlaksanaan intervensi pendidikan.pdf
  Restricted Access
Full-text79.99 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.